Tuesday, October 19, 2010

Info: Bandar Jasin

Bandar Jasin ialah sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Jasin, Melaka.
Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.


Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, J
asin 3.
Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.


Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.