Tuesday, October 19, 2010

History: Perkahwinan Diraja

Pada 1477M, Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, anak Sultan Mansur yang memerintah Kelantan ketika itu, yang kemudiannya menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).