Showing posts with label Melaka Products. Show all posts
Showing posts with label Melaka Products. Show all posts

Wednesday, June 01, 2011

Melaka Products: Types of Belacan




Melaka is famous for belacan products. Tourists who visit the  state will tend to buy belacan for themselves and as gifts. Belacan is simply dried shrimp paste. Only shrimp locally known as geragau is used. 

The fresh geragau caught with special nets usually during low tide by the Portuguese fishermen will be mixed with salt and shaped into round patties and left to dry under the hot sun. Once ready, it will be individually packed in plastic and sold at wet markets and sundry shops. 



When you come to Melaka, you might see many belacan and cottage industries' products stalls or kiosks along the road of Pantai Klebang, Merlimau, Alor Gajah, Telok Mas and many more. 


Like cheese, belacan also have different types and taste. There are several types of belacan in Melaka that can be found easily as Melaka is the centre of belacan production especially in Tanjung Bidara and Tanjung Keling area. Let's take a look on the types of belacan from Melaka.



1) The biggest belacan in Melaka, Belacan Kepal (clodded shrimp paste)

This clodded shrimp paste can be kept for several months and used to cook sambal and Melaka food especially the Malay cuisines such as asam pedas, fried vegetables, kuah bening, masak tauchu and so on.

2) Belacan Bakar (grilled shrimp paste)



One of Melakan's favourite shrimp paste, this belacan give the best aroma for the food and the texture of the sauce made of the mixture of belacan bakar and spices will impress anyone who try the foods.

3) Belacan Basah (moist shrimp paste)


The taste of belacan basah is quite similar to belacan kering but it is moist and soft rather than the dried shrimp paste. This belacan are fragile and could easily broken. 

4) Belacan Kering (dried shrimp paste)


The dried belacan could be kept longer than moist belacan. Melakan love to use this belacan for the ingredients of their foods especially fried foods such as fried rice, fried noodles and fried vegetables.

Tuesday, December 21, 2010

Melaka Products: Setem Kenang-kenangan Melaka Maju 2010

Sempena pengisytiharan Melaka Maju 2010, Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan setem kenang-kenangan khas bagi memperingati detik bersejarah dan gemilang tersebut. 

Kepada penggemar dan pengumpul setem di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi setem ini dengan harga RM10 sahaja. Anda boleh mendapatkan setem ini di Pemasaran Melaka Sdn Bhd, Kota Fesyen, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya atau boleh terus menghubungi PMSB secara terus di talian 06-232 2036 untuk membuat pesanan. 

Setem kenang-kenangan keluaran khas sempena Melaka Maju 2010. Dapatkan hari ini juga!


Monday, December 20, 2010

Melaka Products: Jus Buah Melaka, Minuman Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Minuman rasmi Kerajaan Negeri Melaka, Jus Buah Melaka kini boleh didapati di Kota Fesyen, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya dan di pasaraya-pasaraya besar di seluruh Melaka. Siapa kata buah Melaka tidak boleh dibuat jus dan dimakan? Penyelidikan dan usaha PMSB selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Minuman ini kini sudah menjadi satu kemestian untuk dihidangkan di dalam apa-apa jua majlis rasmi Kerajaan Negeri Melaka. Minuman ini mengandungi vitamin C yang tinggi dan rasanya sungguh lazat. Sesuai diminum semasa beriadah dan dihidangkan untuk rakan-rakan dan  seisi keluarga. 


Harga Jus Buah Melaka adalah RM 2.50 untuk satu tin. Anda juga boleh mendapatkan bekalan Jus Buah Melaka ini secara terus dengan menghubungi Pemasaran Melaka Sdn Bhd, PMSB. 


Riqq dah try jus ni, memang enak rasanya. Bagi anda yang ingin mencuba, silalah menghubungi PMSB atau datang sendiri di Kota Fesyen. Sebarang pertanyaan, hubungi PMSB:-

Telefon: 06-232 2036 / 06-231 7630
Fax: 06-231 7549

Sunday, December 19, 2010

Berita: Pelancaran Minyak Wangi Sutra

Tahniah diucapkan kepada Tropical Bioessence Sdn Bhd kerana telah berjaya mengeluarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu minyak wangi Sutra. Majlis pelancaran telah berlangsung di Philea Resort, Ayer Keroh oleh Datin Sei Rosmah Mansor. 

Jom lihat kemeriahan majlis tersebut:

Ketibaan PM dan Datin Seri Rosmah Mansor, DAR dan isteri serta VVIP, VIP dan tetamu jemputan yang lain

Philea Ballroom

Aluan selamat datang dari wakil Tropical Bioessence

DAR dan PM

Gimik pelancaran dan perkenalan produk oleh wakil Tropical Bioessence Sdn Bhd

Cenderahati untuk Datin Seri Rosmah Mansor

4 jenis haruman Sutra

Rosmah lancar minyak wangi Melaka Sutra
2010/12/15

MELAKA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini melancarkan minyak wangi Melaka jenama "Sutra" di sini, hari ini.

Sutra didatangkan dengan dua variasi iaitu Sutra Glory dihasilkan daripada pati bunga kemboja dan Sutra Heritage dihasilkan daripada pati bunga cempaka.
Turut hadir pada pelancaran itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Minyak wangi itu dihasilkan oleh Tropical Bioessence Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Bioteknologi Melaka, iaitu inisiatif bioteknologi Kerajaan Negeri Melaka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd, Mohd Khairil Said berkata projek menghasilkan minyak wangi itu bermula pada Oktober tahun lalu.

"Idea ini datang daripada Ketua Menteri sendiri (Mohd Ali) yang mahu menghasilkan minyak wangi daripada bunga yang selalu ditemui di Melaka," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran itu.

Beliau berkata, projek itu mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi tujuan kajian, penghasilan dan pemasaran produk itu.
Katanya, pada Mac tahun ini syarikat itu berkerjasama dengan sebuah syarikat minyak wangi di Perancis iaitu Charabot untuk menghasilkan minyak wangi daripada minyak pati yang telah dihasilkan perbadanan itu.

Mohd Khairil berkata, setakat ini dua variasi minyak wangi Sutra itu dihasilkan untuk kegunaan wanita dan syarikat itu merancang menghasilkan minyak wangi untuk kegunaan lelaki pada tahun depan.

"Minyak wangi ini jenis Eau de parfum (minyak wangi dengan tujuh hingga 15 peratus pati pekat haruman) dan dijual dengan harga RM99 sebotol dengan isipadu 75ml," katanya.

Minyak wangi itu adalah kesinambungan kajian pengektsrakkan minyak pati yang dibuat oleh perbadanan itu sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan ia mula memasuki pasaran dalam negara pada tahun 2007. - BERNAMA

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minyak wangi Sutra, anda boleh menghubungi mereka di:-

Marketing Office :
Tropical Bioessence Marketing,
No 88 Jalan TU2,
Taman Tasik Utama,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.

Manufacturing Office :
Tropical Bioessence Sdn. Bhd.,
No. ST 519, Jalan Tunas Baru,
Seksyen 1/4, Kawasan Perindustrian MIEL,
78300 Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.

Tel : +606-2324188/+606-2323 500
Faks : +606 2323 887

Sutra Shoppe Selangor:
Wanita Niaga Enterprise (001739642-D)
No. 21-1, Jalab BRP 1/6A, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel : 03-61488430 Hp: /014-6692844

Saturday, December 11, 2010

Melaka Cuisine: Tapai Pulut Melaka

Tapai pulut sememangnya digemari bukan sahaja oleh golongan dewasa, malah kanak-kanak dan para pelancong. Keunikan yang terdapat pada tapai tradisional dari Melaka adalah terletak pada rasanya yang lazat, lembut dan cara bungkusannya. Tapai pulut di Melaka berbeza-beza cara bungkusan dan rasanya mengikut kepakaran dan mukim-mukim yang terdapat di Melaka. 

Tapai pulut Serkam

Tapai Pulut mukim Serkam adalah merupakan yang paling lazat dan unik manakala tapai pulut mukim Sungai Rambai dan Sebatu dipengaruhi oleh tapai pulut jawa kerana bersempadan dengan Johor dan majoriti penduduknya berketurunan Jawa. Tapai di bahagian utara Melaka seperti Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tampin pula lebih kepada tapai pulut biasa. 

Mengikut pantang-larang golongan tua, tapai tidak boleh dibuat oleh anak dara yang sedang datang bulan kerana tapai yang dibuat oleh mereka ini dikatakan akan berdarah. Tapai akan menjadi merah seperti warna darah dan tidak menjadi. Pantang-larang ini masih dijaga dan diamalkan di kampung Riqq dimana anak dara yang sedang datang bulan tidak dibenar menyentuh tapai dan bahan-bahan membuat tapai termasuklah daun dan lidi malah mereka tidak dibenarkan berada di kawasan pembuatan tapai. 

Melaka Go Green! Hahaha

Tapai pulut mukim Serkam adalah antara tapai yang sangat lazat dan digemari masyarakat Melaka kerana rasanya lazat dan bertekstur lembut. Pulut yang telah ditapai menjadi sangat lembut dan tidak terasa mentah. Tapai mukim Serkam dibungkus dengan menggunakan daun tapai atau juga dipanggil sebagai daun mahang tapai. Daun ini banyak didapati di kawasan hutan belukar dan digunakan sebagai pembungkus tapai pulut masyarakat di Serkam. 

Tapai pulut Serkam memang lazat. Kalau tak percaya, cubalah. Mesti tak cukup sebungkus!

Sebanyak 4 helai daun tapai digunakan untuk membungkus tapai Serkam. Sehelai daun yang bersaiz paling lebar dan besar di bahagian paling luar manakala 3 helai lagi bersaiz kecil dibahagian dalam (kiri, kanan dan pengalas tapai; tengah-tengah). Pulut yang beragi akan diletakkan ditengah-tengah daun dan dibungkus runcing dan sebatang lidi buluh dicucuk dan disematkan pada daun untuk mengelakkan bungkusan tapai daripada terbuka.

4 helai daun tapai (mahang tapai) digunakan untuk membungkus tapai pulut Serkam


Tapai pulut Serkam sering menjadi pilihan untuk dijadikan pencuci mulut pada majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melaka. Pengusaha-pengusaha tapai di Serkam sering mendapat tempahan bukan sahaja dari dalam Melaka malah dari Johor dan Negeri Sembilan.

Tapai pulut mukim Sungai Rambai pula tidak jauh bezanya dengan tapai-tapai pulut lain. Tapai ini dibungkus dengan daun pisang dan bezanya dengan tapai lain adalah tapai ini bertekstur sedikit kasar. Tapai ini juga berasa lazat, manis dan sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk majlis-majlis perkahwinan dan kenduri. 

Air tapai boleh disimpan dan dijadikan ubat bagi menghilangkan bisa sengatan tebuan, lebah, penyengat dan lipan. Air tapai akan disapu pada bahagian yang sakit dan bisa sengatan akan hilang sedikit demi sedikit. Cubalah! Tetapi jangan sesekali dibuat untuk bisa ular kerana bisa ular boleh membawa maut.

Melaka Cuisine: Bahulu Ikan Emas

Bahulu ikan emas

Bahulu merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Melayu di Malaysia dan telah menjadi makanan ataupun kuih yang sinonim untuk Hari Raya mahupun untuk dihidangkan di majlis-majlis keraian seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Bahulu berbentuk ikan ini tidaklah berbeza dengan bahulu-bahulu lain namun ianya membawa maksud yang tersirat bagi masyarakat Melayu Melaka. 

Di Melaka, peranan kuih bahulu terutamanya yang berbentuk ikan sangat penting suatu ketika dahulu kerana masyarakat lama Melaka menganggap ikan emas dapat membawa tuah kepada seseorang tertamanya kepada mempelai. Jadi, ibu, nenek dan ibu saudara mempelai akan bergotong-royong membuat kuih bahulu berbentuk ikan emas untuk dihidang dan diberikan kepada para tetamu yang datang berkunjung sewaktu majlis perkahwinan. 

3 ekor ikan emas berenang di atas pinggan

Bahulu telah mengalami evolusi dan cara pembuatannya yang sangat rumit pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi mudah dengan penggunaan mesin dan ketuhar. Jika dahulu kala, ibu dan nenek kita terpaksa mengencap telur untuk dibuat bahulu sehingga kembang menggunakan encap bahulu, kini kita sudah mempunyai mesin pemukul telur dan penggaul atau penguli tepung. Penggunaan bara, sepit bara dan kayu api serta sabut tidak lagi digunakan dan digantikan dengan penggunaan ketuhar dan oven. 

Kuih bahulu lazat dimakan sewaktu masih panas dan boleh juga dicelup ke dalam air sirap sewaktu minum petang

Terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara bahulu buatan lama atau kampung dengan bahulu moden. Bahulu buatan lama mampu bertahan sangat lama jika betul cara adunan dan pembuatannya. Bahulu buatan lama mampu bertahan sehingga sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan dan akan menjadi keras seperti batu namun lembut apabila dicecah (dicelup) ke dalam air. Tetapi bahulu moden hanya mampu bertahan selama sebulan lebih dan akan berbau tengik. Bahulu moden hanya mengeras di bahagian luar namun rapuh apabila ditekan.

Seekor bahulu ikan berharga RM 0.50

Bahulu berbentuk ikan emas kini telah mula mendapat tempat setelah sekian lama dilupakan dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu Melaka. Walaupun ada yang memberikan gula-gula dan jajan (makanan ringan) untuk tetamu yang berkunjung, namun terdapat segelintir masyarakat Melaka yang masih berpegang dengan adat lama dengan memberikan kuih muih tradisional, telur rebus dan bunga telur sebagai tanda kesyukuran dan simbol kesuburan dan tuah untuk mempelai. 

Kuih bahulu boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti dicelup ke dalam air seperti kopi, teh, sirap meskipun air kosong. Kuih bahulu juga lazat dimakan sewaktu masih panas.

Acuan kuih bahulu ikan emas yang diperbuat daripada tembaga (dipanggil citak oleh masyarakat Melaka)



Pasu sebegini digunakan untuk mengencap adunan kuih bahulu



Bahulu akan diencap sehingga kembang dan gebu, barulah boleh dimasuk ke dalam acuan dan dibakar



Sabut kelapa



Bara api digunakan untuk membakar bahulu



Bahulu akan dibakar menggunakan baradibahagian atas dan bawahnya



Beginilah cara tradisional pembuatan bahulu. Menyeksakan!