Tuesday, October 19, 2010

Produk Pelancongan Terbaru : Melaka International Bowling Center

Pada 1hb Ogos 2009, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, telah menyempurnakan majlis perasmian pusat boling Melaka International Bowling Centre (MIBC) yang terletak di MITC, Ayer Keroh, Melaka. 


Pusat boling ini mempunyai 52 lorong balingan, kos pembinaannya sebanyak RM 15 juta menjadikan ianya sebagai pusat boling terbesar di Malaysia selepas Megalanes Bowling Centre di Pulau Pinang yang mempunyai 50 lorong balingan. 


Pusat boling 2 tingkat yang mempunyai keluasan berukuran 10,401 meter-persegi ini siap sepenuhnya pada 31 Julai 2010, sebahagian daripada persiapan Kerajaan Negeri Melaka sebagai tuan rumah untuk Sukan Malaysia 2010 yang lalu.