Pulau Besar juga dikenali sebagai pulau keramat, pulau yang penuh dengan kisah-kisah misteri dan fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
Pulau ini banyak menyimpan misteri dan cerita-cerita mistik yang sesetengahnya sukar untuk dipercayai oleh akal fikiran manusia. Namun, kesahihannya boleh dibongkar sekiranya anda berkunjung ke sini dan melihat sendiri keajaiban dunia ghaib dan mistik.
Antara tarikan Pualu Besar adalah Muzium Pulau Besar, Pokok Disula, Makam Sultanul Ariffin, Istana Bunian, Keramat Masin Tawar, Batu Belayar, Perigi di Kaki Pulau, Batu Tengkorak, Istana Bunian, Batu Lesung, Makam Syarifah Rodziah, Perigi Nenek Musallimah, Makam Nisan Satu, Keramat Ular, Gua Yunus, Batu Belah, Tasik Biawak, Makam Bunian, Makam Tok Putih, Tapak Kaki Sultanul Ariffin, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan lain-lain.