Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Info: Bukit Katil


Masjid Bukit Katil

Tahukah anda tentang sejarah dan asal usul nama Bukit Katil? Pembukaan awal kampung berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri. Menurut Sidang Kampung Bukit Katil, Abdul Ghani Maarof, 63, beliau mengetahui sejarah awal pembukaan kampung berkenaan berdasarkan cerita yang disampaikan 'orang-orang tua' di situ secara turun-temurun mengenai asal usul nama berkenaan. 

Berdasarkan cerita disampaikan, penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas (bekas simpanan air) seperti labu sayong yang terletak di atas batu berbentuk seakan katil di atas puncak bukit di situ (bukit terletak bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Demang Hussin).

Rumah Melaka (Pusat Perkayuan Negeri Melaka)

Penemuan batil emas di bukit terbabit sekali gus membawa kepada terciptanya nama Bukit Katil yang digabungkan antara bukit dan batu didakwa berbentuk seperti katil, selain bekas menyimpan air yang ditemui ketika itu. Nama Kampung Bukit Katil tercipta selepas kemasukan pihak British ke Melaka pada waktu dahulu.

Kampung Bukit Katil meliputi empat solok iaitu Solok Bukit Bayan, Solok Telok, Solok Tambak dan Solok Balik Hutan (kini dikenali sebagai Solok Kampung Baru atau Kampung Desa Wawasan).

Bagaimanapun, berdasarkan fakta sejarah, kampung asal Bukit Katil adalah Bukit Sama Tahu (selepas itu dikenali sebagai Solok Pantai) yang terletak di pinggir pertemuan Sungai Gapam dan Sungai Ayer Panas (Sungai Tehel).

Fakta sejarah juga mencatatkan pertemuan dua sungai berkenaan yang bercantum dengan Sungai Duyong menjadi laluan askar kerajaan Melayu Melaka yang lari daripada serangan tentera Portugis selepas kejatuhan Empayar Melaka.

Ketika melarikan diri, sebahagian daripada tentera kerajaan Melaka ketika itu ada yang mudik ke Ulu Duyong manakala sebahagian lain pula meneroka kawasan di pinggir pertemuan Sungai Gapam dan Sungai Ayer Panas seterusnya membuka perkampungan di situ dan menamakannya Bukit Sama Tahu.

Menurut Sidang Abdul Ghani, berdasarkan pengetahuan silam seorang penduduk, Allahyarham Dalip Said dari Solok Balik Hutan, asal asul pembukaan Kampung Bukit Sama Tahu mempunyai versi yang agak unik apabila mereka yang mula meneroka tempat berkenaan dikatakan terjumpa seekor kijang bertanduk emas.

Bagaimanapun, disebabkan pantang-larang orang dulu kala yang pada masa itu dipegang teguh, maka mereka bertindak merahsiakan perkara berkenaan sesama mereka dengan berjanji bahawa 'kita sama kita saja yang tahu'.

Dengan itu, kampung yang dibuka di situ pada masa itu diberikan nama Bukit Sama Tahu sempena rahsia disimpan di kalangan penduduk asal terbabit," katanya mengisahkan serba sedikit sejarah kewujudan Kampung Bukit Katil.

Selepas kampung berkenaan wujud barulah penempatan lain di kawasan berdekatan mula diterokai penduduk lain. Sejarah mengenai asal usul Kampung Bukit Katil mendapat nama tidak banyak berbeza dengan apa yang diceritakan seorang penduduk lain, Abu Samah Mohd, 64.

Menurut cerita disampaikan kepadanya oleh bapa beliau, Mohd Lamin, yang lahir pada 1918, moyangnya yang berhijrah dari Kedah dan menetap di Kampung Pengkalan Badak mendapati sudah ada rumah atau penempatan penduduk di kampung bersebelahan iaitu Kampung Bukit Katil.

Nama Bukit Katil berkemungkinan diperoleh penduduk pertama yang menjumpai batil iaitu bekas menyimpan air ketika menebang pokok di puncak bukit apabila mula meneroka kawasan di situ. Berkemungkinan juga penduduk pertama yang meneroka kawasan bukit di sini menamakannya seumpama itu selepas menjumpai batil di atas batu seakan bentuk katil sempena penemuan itu.

Sorotan sejarah juga menunjukkan penghubung laluan kampung berkenaan untuk ke bandar Melaka pada masa lampau menggunakan laluan menerusi Sungai Gapam dan Sungai Duyong. Manakala jalan asal kampung terbabit adalah jalan kereta lembu yang digunakan penduduk dari Duyong melalui Solok Tambak ke Bukit Bayan hinggalah ke Bukit Sama Tahu dan Balik Hutan.

Selepas penjajahan Inggeris pertama, maka pihak penjajah bertindak membina jalan di lokasi sedia ada untuk kemudahan penduduk mengangkut hasil getah dari Ladang Getah Bukit Katil Home Division ke bandar (pelabuhan) manakala Jalan Bukit Katil diturap pada 1960.

Secara amnya, penduduk Kampung Bukit Katil pada waktu dulu kebanyakannya menyara diri dengan menjual kayu api seperti kayu getah dan kayu gelam untuk memasak dan dihantar ke bandar menggunakan kereta lembu termasuk basikal yang ketika itu sebagai nadi pengangkutan utama. Selain itu, mereka turut bercucuk tanam termasuk menanam padi.

Kawasan sekitar Kampung Bukit Katil pada suatu masa dulu dikelilingi pokok getah dan sawah padi kini membangun dengan pesat apabila dikelilingi pejabat agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kimia, sekolah, taman perumahan termasuk masjid.

Malah, terdapat juga produk terbaru tarikan pelancong iaitu Rumah Melaka yang menempatkan pelbagai perabot kayu dan tradisional daripada seluruh negara kini diwujudkan di situ oleh kerajaan negeri.

Namun di sebalik pembangunan pesat, terdapat seorang tokoh tempatan, Demang Hussin Maaji yang dikatakan pernah menabur bakti dengan menyumbang peranan penting dalam pembangunan ilmiah sehingga namanya diabadikan pada sebuah sekolah rendah.

Sekolah berkenaan dulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Katil (sekolah atap diperbuat daripada kayu dan atap rumbia dan berlantaikan tanah) dibina pada 1924, tetapi lokasi asalnya terletak di Solok Tambak berhadapan Masjid Jamek Bukit Katil sekarang.

Ketokohan Demang Hussin Maaji terbukti apabila beliau ketika hayatnya juga dikenali sebagai guru mengaji, guru besar sekolah diasaskannya selain pernah dilantik sebagai Ketua Penghulu atau Demang bagi Mukim Bukit Katil, Duyong dan Semabok di zaman penjajahan Inggeris.

Sunday, November 07, 2010

Tahukah Anda? Muzium dan Galeri

Negeri Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang memiliki paling banyak muzium dan galeri. Jumlah muzium dan galeri dibawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) adalah sebanyak 36 buah dengan 5 buah galeri dibina di luar Melaka seperti di Sawahlunto (2 buah), Jambi (1), Pekan Baru (1) dan Palembang (1). 


Jumlah ini tidak termasuk muzium-muzium dan galeri-galeri swasta seperti Muzium Baba Nyonya, Muzium Rumahku Syurgaku, Muzium Budaya Cheng Ho, Muzium Lebah Sedunia, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan lain-lain. Jumlah keseluruhan muzium dan galeri di seluruh Melaka mencecah lebih 50 buah kesemuanya!


Muzium Istana Kesultanan Melaka

Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah

Wednesday, November 03, 2010

Tahukah Anda? Pelayaran Diplomatik

Pada tahun 1411 Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar untuk melawat Yung Lo, Maharaja dinasti Ming di Cina.



Lakaran Maharaja Yung Lo atau Yongle, dianggap sebagai maharaja teragung Dinasti Ming

Tuesday, October 19, 2010

Tahukah Anda? Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka adalah merupakan taman buaya yang terbesar dan mempunyai bilangan buaya yang terbanyak di Malaysia.

Tahukah Anda? Tokong Cheng Hoon Teng


Tokong tradisional Cina yang tertua di Malaysia adalah Tokong Cheng Hoon Teng yang terletak di Jalan Tokong, Melaka. Dibina pada tahun 1645 oleh Kapitan Lee Wei King, tokong ini dinamakan Cheng Hoon Teng yang bermaksud 'Tokong Awan Hijau' yang menjadi rumah ibadat untuk orang-orang Cina Hokkien.


Bahan-bahan binaan tokong ini diimport dari Tanah Besar Cina dan pada tahun 2003, tokong ini mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak warisan sejarah dan budaya di Selat Melaka bersama-sama ratusan bangunan dan tapak sejarah lain di Melaka dan Georgetown.

Tahukah Anda? Tokong Cina Tertua di Malaysia


Tokong Cina tertua di Malaysia adalah Tokong Cheng Hoon Teng yang terletak di Jalan Tokong, Melaka. Dibina pada tahun 1646 dengan menggunakan bahan-bahan yang dibawa daripada negara China oleh Kapitan Tay Kie Ki atau dikenali juga sebagai Tay Hong Yong. Semasa era pemerintahan Portugis dan Belanda, Kapitan adalah gelaran bagi ketua komuniti tertentu yang menjaga kebajikan sesuatu etnik di Melaka seperti etnik India dan Cina.


Pada era tersebut, tokong ini bukan sahaja menjadi pusat penyembahan kaum Cina malah turut menjadi pusat pengadilan atau mahkamah bagi etnik Cina dan juga pusat pentadbiran dan kebajikan.


Selain Kapitan Tay Kie Ki. Kapitan Li Wei King, Chan Lak Kua dan Chua Su Cheong juga terlibat dalam pembangunan dan pembinaan tokong tertua ini. Kapitan Chua bertanggungjawab dalam pembinaan semula tokong ini pada tahun 1801 sementara Kapitan lain selepasnya dan Teng Choo lain-lain menyumbang kepada penambahan struktur dan pemuliharaan tokong ini.


Pada tahun 1824, British telah menghapuskan sistem Kapitan dan ketua tokong atau sekarang digelar sebagai Teng Choo yang menyamai tugas Kapitan.

Satu Lembaga Pemegang Amanah telah ditubuhkan untuk tokong ini. Penerajunya termasuklah Tun Tan Cheng Lock yang telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Perbadanan Tokong Cheng Hoon Teng dibawah akta Parlimen (Ordinan Perbadanan Tokong Cheng Hoon Teng 1949). 


Tokong ini juga dikenali sebagai Kebun Datok (Gods' Garden) dan Kwan Yin Teng oleh masyarakat Cina tempatan.

Kehalusan pertukangannya adalah terbukti dengan hiasan bentuk-bentuk mitologi, ukiran dan kilatan di dalam tokong.


Tahukah Anda? Masyarakat Chitty Melaka

Masyarakat Chitty hanya berasal dari Melaka. Terdapat sebuah perkampungan masyarakat Chitty di Gajah Berang yang masih mengamalkan budaya dan cara hidup unik warisan nenek moyang hasil campuran perkahwinan pedagang India dengan masyarakat setempat ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.



Tahukah Anda? Nyonya Pineapple Tart

In Melaka, especially Jonker street area, you will find a lot of shop selling pineapple tart, the more famous type is nyonya pineapple tart, namely “open-faced” pineapple tart.



LW Nyonya Pineapple Tarts House is listed as one of the famous pineapple tart. The shop is located along Jonker Street. The shop is easily spotted when you saw there is an absolutely big pineapple tart just in front of the shop.


Tahukah Anda? Pulau Melaka

Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan manusia yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya.

Tahukah Anda? Pulau Melaka


Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan manusia yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya.



Terbaru, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Pulau Melaka sebagai kawasan tumpuan pelancong dengan membina Taman Ikan Lumba-lumba dan Pertunjukan Singa Laut. Selain itu, pembinaan Kota Arab (Arab City) di Pulau Melaka juga dapat menarik pelancong-pelancong Arab ke Melaka.


Tahukah Anda? Perkuburan Cina Pertama di Malaysia

Perkuburan Cina yang pertama dan tertua di negara kita terletak di Bukit China, Melaka. Perkuburan masyarakat Cina di bukit tersebut masih kekal dan sebahagiannya telah rosak serta dirobohkan oleh Portugis untuk membina kubu dan bangunan. 


Bukit Cina adalah pemberian perkahwinan dari Sultan Melaka untuk Puteri Hang Li Po (Puteri Dinasti Ming - Maharaja Yong Le) dan dikatakan terdapat kompleks istana hinggap yang besar dibina di puncak bukit tersebut sebelum dirobohkan oleh Portugis. Terdapat sebuah perigi di kaki Bukit China yang digunakan oleh Puteri Hang Li Po dan adalah perigi tertua di Melaka. 


Airnya tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau sehinggalah sekarang. Apabila Portugis datang, mereka menjadikan sumber air perigi tersebut sebagai bekalan air utama mereka. Orang-orang Jawa yang ingin menuntut bela dan mempertahankan Melaka dari jajahan Portugis telah meracun Perigi tersebut.


Tahukah Anda? Sultan Mansur Syah

Sultan Melaka yang telah menjadikan Puteri Hang Li Po sebagai isteri kelimanya adalah Sultan Melaka ke-6, iaitu Sultan Mansur Syah (1456-1477), anakanda Sultan Muzaffar Syah.

Tahukah Anda? Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut dan yang pertama di Asia Tenggara. Masjid Selat Melaka juga adalah yang pertama dibina terapung di Selat Melaka.


Tahukah Anda? Melaka Sentral

Melaka Sentral dibangunkan pada tahun 2004 yang dibina seakan-akan menyerupai terminal lapangan terbang. Melaka Sentral meliputi kompleks dan terminal pengangkutan awam, pasar dan bazar termoden di negara kita dan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.


Tahukah Anda? Pulau Besar


Pulau Besar juga dikenali sebagai pulau keramat, pulau yang penuh dengan kisah-kisah misteri dan fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.


Pulau ini banyak menyimpan misteri dan cerita-cerita mistik yang sesetengahnya sukar untuk dipercayai oleh akal fikiran manusia. Namun, kesahihannya boleh dibongkar sekiranya anda berkunjung ke sini dan melihat sendiri keajaiban dunia ghaib dan mistik. 


Antara tarikan Pualu Besar adalah Muzium Pulau Besar, Pokok Disula, Makam Sultanul Ariffin, Istana Bunian, Keramat Masin Tawar, Batu Belayar, Perigi di Kaki Pulau, Batu Tengkorak, Istana Bunian, Batu Lesung, Makam Syarifah Rodziah, Perigi Nenek Musallimah, Makam Nisan Satu, Keramat Ular, Gua Yunus, Batu Belah, Tasik Biawak, Makam Bunian, Makam Tok Putih, Tapak Kaki Sultanul Ariffin, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan lain-lain.

Monday, October 18, 2010

Menarik: Pintu Gerbang Melaka


Pintu Gerbang Melaka Bandaraya Bersejarah yang terletak di Lebuh Ayer Keroh mempunyai keunikan tersendiri. Binaan gerbang berkonsepkan bumbung Rumah Melaka dan atap lentik kereta lembu serta tiga pasang menara yang melambangkan senibina masyarakat berbilang kaum di Melaka sangat menarik perhatian dan tumpuan sesiapa sahaja yang merentasinya.


Tahukah Anda? Zoo Melaka

Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dan yang pertama memperkenal dan memiliki Galeri Zoologi di negara kita. Berkeluasan 54 ekar dengan lebih 200 spesis haiwan berjumlah lebih dari 1,200 ekor, Zoo Melaka adalah yang paling popular dan menarik untuk dilawati di Malaysia.

Tahukah Anda? Teksi Air Melaka

Teksi Air Melaka atau 'Melaka Water Taxi' adalah yang pertama diperkenalkan di negara kita dan merupakan yang pertama di Asia.

Tahukah Anda? Monorel Melaka

Melaka kini mempunyai sistem pengangkutan monorail yang tersendiri. 


Monorail Melaka mempunyai 2 fasa pembangunan. Fasa Pertama pembangunan Monorail Melaka melibatkan laluan sepanjang 1.6 km dari Stesen Hang Jebat ke Stesen Hang Tuah.Fasa Kedua pula menghubungkan stesen-stesen utama iaitu :


Stesen Hang Jebat > Stesen Hang Tuah > Hang Tuah Mall > Jalan Tun Ali > Jambatan Hang Jebat > Stesen Hang Jebat.


Selain berfungsi sebagai pengangkutan ke kawasan bersejarah, Monorail Melaka juga mampu mengurangkan kesesakan lalulintas di Bandaraya Melaka terutamanya pada cuti umum dan hujung minggu.



Tahukah Anda? Kompleks Seri Negeri


Pusat pentadbiran dan pembangunan Negeri Melaka berpusat dan terletak di Kompleks Seri negeri. Disini juga terletak Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha dan Dewan Undangan Negeri.


Seri Negeri terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan dikelilingi beberapa buah taman termasuklah Taman Seribu Bunga yang sungguh indah dan dipenuhi pelbagai spesis bunga-bungaan dan landskap yang menarik.