Monday, October 18, 2010

Tahukah Anda? Planetarium di Melaka

Melaka mempunyai dua planetarium. Planetarium pertama merupakan sebuah kompleks balai cerap yang dibina untuk mengkaji dan meneroka rahsia alam cakerawala. Kompleks Falak dan Balai Cerap Al-khawarizmi terletak di Pantai Balik Batu, Melaka. Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. 


Ketika ini bangunan Balai Cerap dan Planetarium telahpun beroperasi, manakala Pusat Latihan telah mula beroperasi pada akhir tahun 2007.Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi, Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu.


Planetarium kedua pula dibina di Bandar MITC dengan senibina moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan yang canggih. Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang dibuka kepada orang ramai mulai 9 Ogos 2009 merupakan sebuah planetarium tercanggih di Asia, sekaligus menjadikan ia sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan pendidikan di negeri ini.