Sunday, October 17, 2010

Tahukah Anda? Kuih Buah Melaka

Kuih Buah Melaka atau lebih dikenali dengan nama onde-onde mendapat namanya daripada buah pokok Melaka yang berwarna hijau kekuning-kuningan, berbentuk bulat dan manis rasanya. 


Kuih buah Melaka dicipta dan dipercayai berasal dari Negeri Melaka sejak sebelum zaman penjajahan dimana pokok Melaka menjadi pokok lambang negeri ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih Buah Melaka adalah seperti tepung pulut, jus pandan wangi (untuk mendapatkan warna hijau), garam, gula Melaka (inti), kelapa parut serta air mendidih (rebus).