Friday, April 15, 2011

Info: Pertandingan Burung Tekukur, Merbok & Serama Melaka

Merbok

Tekukur

Salah satu hobi yang digemari masyarakat Melaka adalah membela burung tekukur dan merbok. Tidak kiralah samada tekukur jawa mahupun tekukur kampung, kedua-dua jenis tekukur ini sering kali dibela kerana bersuara lunak. Burung merbok juga tidak kurang hebatnya. Ramai warga Melaka tanpa mengira peringkat umur dan jantina gemar membela burung tekukur dan merbok sebagai haiwan kesayangan.

Budaya ini telah wujud sejak dahulu kala seawal era kegemilangan Empayar Melaka. Menurut sejarah Melayu dan hikayat-hikayat lama, orang Melaka memang suka membela tekukur dan merbok di rumah mereka. Sangkar dan jebak dihias indah dan menjadi dekorasi beranda rumah. 


Sesuai dengan namanya yang diambil sempena nama spesies burung bersuara merdu, serindit, Bukit Serindit akan menyaksikan suatu pertandingan Seni Suara Burung Merbok dan Tekukur Peringkat Negeri Melaka sempena perayaan Ulangtahun Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah ke-8.

Kepada peminat-peminat dan pemilik burung atau orang awam, anda dijemput datang beramai-ramai ke Bukit Serindit pada 17 April ini. Setakat ini, sebanyak 300 ekor burung akan mengambil bahagian dengan beberapa penyertaan dari Thailand dan Singapura. Pada masa yang sama, Pertandingan Ayam Serama Peringkat Kebangsaan akan turut diadakan. 

Serama Bulu Balik

Serama