Sunday, February 05, 2012

Makan-Makan: Mee Sup Tengkera


Mee Sup Tengkera sangat popular dan terkenal dikalangan penduduk Melaka mahupun para pelancong yang berkunjung di negeri bersejarah ini. Terletak berhampiran bekas Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Tengkera, Mee Sup Tengkera menghidangkan 3 menu rasmi sahaja iaitu Mee Sup, Kue Teow Sup dan Bihun Sup kepada para pelanggannya. 


Beroperasi sekitar jam 3 petang sehingga lewat jam 6 petang setiap hari, Mee Sup Tengkera sentiasa dikunjungi dan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang datang dari dalam dan luar Melaka. Mungkin keenakan rasanya membuatkan pelanggan-pelanggan tetap dan baru sering menjamu selera di sini.


Walaupun menu Mee Sup Tengkera begitu ringkas namun rasanya yang lazat dan sungguh menyelerakan sesiapa sahaja. Selain servis yang cepat, para pekerja juga sungguh peramah dan bersih. 


Dihidangkan bersama campuran sup ayam, sayuran, cili pilihan mee kuning, bihun atau mee siam, dan kue tiow. Terdapat juga kudapan untuk minum petang seperti popiah basah dan popiah goreng dijual di sini.


Mee Sup Tengkera ini telah mula beroperasi sejak tahun 1982 di tapak asalnya sekarang dan resepinya masih sama sehingga sekarang. Jika anda berkunjung ke Bandaraya Melaka, jangan lupa berkunjung ke Mee Sup Tengkera sambil melawat Masjd Tengkera yang indah lagi bersejarah.