History: Kampung Kelubi
Kampung Kelubi telah ditubuhkan pada awal tahun 1900. Antara penduduk Kelubi terawal adalah terdiri dari beberapa keluarga sahaja iaitu Keluarga Tok Tamin, Keluarga Tok Dogol , Tok Gedut, Tok Ma’asip, Tok Salimin, Tok Komeng, Tok Karim, Tok Galau, Tok Mahmud dan Tok Marsan.
Pada asalnya Kelubi adalah dari kawasan yang berpaya, terdiri dari banyak pokok asam paya atau dikenali dengan asam Kelubi. Disebabkan kawasan ini pada mulanya dipenuhi dengan pokok Asam Kelubi, maka dengan itu kawasan ini dinamakan bersempena nama pokok tersebut iaitu Kelubi.
Pada masa itu, penduduk setempat mempunyai kemahiran mengubati sakit mata. Maka ramailah penduduk dan pesakit mata yang datang dari luar untuk mendapat rawatan di Kg. Kelubi. Keadaan ini menjadikan Kelubi semakin dikenali. Hasil dari itu, penghijrahan sedikit demi sedikit akhirnya mengubah dan menjadikan sebuah kampung yang berkembang.