Tuesday, October 19, 2010

History: Serkam

Adalah diriwayatkan Kampung Serkam adalah sebuah kampong dikalangan yang tertua di Melaka dan selalu mendapat kunjungan pedagang Islam dari Arab dan India. Mereka datang berdagang dan mengembangkan ajaran Islam. Kampung Serkam juga menjadi tempat persembunyian pahlawan-pahlawan dari Palembang yang kalah berperang. Ini menjadikan Kampung Serkam mempunyai banyak rahsia. 


Asal Usul Kampung Serkam berasal dari Perkataan Arab ‘SIR’ bermaksud Rahsia dan ‘KAM’ bermaksud banyak. SIRKAM bermaksud ‘Kampung banyak RAHSIA’.Pada asal Malaya dibawah pemerintahan British, mereka datang ke Serkam untuk memungut cukai diketuai oleh A.B. Alcum dan ia mendapat tentangan hebat dari penduduk setempat hingga tercetus ‘Perang Rokam’ dimana rang tempatan mengalami kekalahan dan pahlawan-pahlawan dari Serkam melarikan diri ke Muar dan membuka perkampungan yang dikenali Lorong Serkam di dalam Bandar Muar.


Pada masa dahulu ramai anak muda pergi mempelajari bidang Agama Islam di Mekah dan pulang ke Serkam menjadi guru agama dan mendirikan pondok-pondok Agama dan secara tidak langsung membuatkan Kampung Serkam terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’Kampung Serkam pada mulanya besar yang merangkumi Kampung Umbai, Kampung Pulai, Kampung Tedong dan Kampung Sempang. 


Setelah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, ianya dipecah-pecahkan bagi memudahkan ia diurus dan ditadbir. Dewan Undangan Negeri Serkam asalnya sempena Kampung Serkam. DUN Serkam terdiri dari Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Paya Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan Kampung Serkam sendiri.