Sunday, October 17, 2010

Menarik : Philea Resort & Spa Melaka

http://www.agoda.com.my/asia/malaysia/malacca_melaka/philea_resort_spa.html



Menginap di hotel ini bagaikan menjengah ke alam yang serba indah, cantik dan menenangkan jiwa dan perasaan. Rekabentuk unik hotel ini diilhamkan oleh Symbiosis Design Associates Sdn. Bhd dimana segala unsur-unsur alam semulajadi dan moden digabungkan sekaligus mewujudkan sebuah hotel yang cukup istimewa. 



Pilihan terbaik untuk tetamu yang menginap di sini ialah dengan mengunjungi kota Melaka yang cukup terkenal dengan peninggalan sejarah silamnya. Di atas nilai sejarahnya, kota Melaka telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008. Jika ingin berekreasi dan melakukan aktiviti lasak, boleh berkunjung ke Gunung Ledang yang sarat dengan keindahan flora dan faunanya yang semulajadi.


Lot 2940-1, 
Jalan Ayer Keroh, 
Off Jalan Plaza Tol, , 
Ayer Keroh, Malacca / Melaka, 
Malaysia 75450