Melaka Tengah



Selamat Datang ke Daerah Melaka Tengah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah




Dari petang duduk menjengah,
Sampai Penarek kaki berdarah; 
Selamat datang ke Melaka Tengah,
Daerah unik lagi bersejarah.

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Bandaraya Melaka  Bersejarah (MBMB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (30.86 km persegi).

MPMBB  merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya  yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan.

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHJT ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala bagi kawasan MBMB adalah 246.34 km persegi. Cadangan kawasan pentadbiran baru MBMB pula adalah sebanyak 30.86 km persegi.

Visi

Menjadikan Bandaraya Melaka sebagai Bandaraya Warisan, Maju dan Indah.

Misi

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai penggerak utama kepada pembangunan dan perkhidmatan Bandaraya.

Objektif

Menjadikan MBMB sebuah organisasi yang kukuh, dinamik dan cemerlang.
Menjadi penggerak utama ke arah Melaka Bandaraya Bersejarah yang lebih maju dan dinamik.
Memaksimumkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat.
Menggembelingkan peranan masyarakat dengan lebih cemerlang.

Logo\



Logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah direka khas bagi menandakan bermulanya era Melaka diisytihar sebagai sebuah bandaraya bersejarah. Logo melambangkan satu kerjasama antara rakyat dan pentadbiran ke arah pembangunan dan kemakmuran. Rekaan logo bertemakan peralihan sejarah daripada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, keruntuhan, penjajahan dan kemunculan kembali ke era pembangunan moden menuju Wawasan 2020.

Motto


Bandaraya Makmur Cabaran Kita


Lagu Rasmi

Tegak megah kota sejarah
Di bumi Melaka tercinta
MBM bertunggak sama
Sekukuh kota pusaka

Dalam mendukung cita-cita bangsa
MBM menabur jasa
Bandaraya makmur cabaran kita
Prinsip berbakti di dada

Air selat mengalir
Bersama bakti dan jasa
Keringat membasahi bumi
MBM menabur bakti

Bergerak bersama
Maju bersama
Mencapai cita-cita suci
Mengujud masyarakat berharmoni
Di bawah kudrat Ilahi

Bunga Rasmi


Siantan

Nama Tempatan : Siantan, Jenjarum
Nama Saintifik : Ixora Sunkist

Mukim-mukim Daerah Melaka Tengah

1. Alai 
2. Ayer Molek
3. Bachang 
4. Balai Panjang 
5. Batu Berendam 
6. Bertam 
7. Bukit Baru 
8. Bukit Katil 
9. Bukit Lintang 
10. Bukit Piatu 
11. Bukit Rambai 
12. Cheng 
13. Duyong 
14. Kandang 
15. Klebang Besar 
16. Klebang Kechil 
17. Krubong 
18. Padang Semabok 
19. Padang Temu 
20. Paya Rumput 
21. Peringgit 
22. Pernu 
23. Semabok 
24. Sungai Udang 
25. Tangga Batu 
26. Tanjong Keling 
27. Tanjong Minyak 
28. Telok Mas 
29. Ujong Pasir 
30. Bandar Melaka


Tempat-tempat Menarik Sekitar Daerah Melaka Tengah

1. Porta de Santiago (A 'Famosa)
2. Dutch Square (Stadthuys)
3. Bastion House
4. Istana Kesultanan Melaka
5. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
6. Dataran Sejarah
7. Dataran Pahlawan
8. Perkampungan Portugis, Ujong Pasir
9. Perkampungan Chitty, Gajah Berang
10. Taman Rempah
11. Cruise Sungai Melaka
12. Menara Taming Sari
13. Muzium Maritim
14. Flor de Lama ( Muzium Samudera)
15. Muzium TLDM
16. Muzium Setem
17. Muzium Kecantikan
18. Muzium Layang-layang
19. Muzium Belia
20. Muzium Setem
21. Muzium Laksamana Cheng Ho
22. Muzium Tuan Yang Terutama
23. Muzium Rakyat
24. Muzium Islam
25. Muzium Kebudayaan Cheng Ho
26. Muzium Baba dan Nyonya
27. Muzium Chitty
28. Muzium Orang Asli
29. Galeri Seni Lukis Melaka
30. Masjid Kampung Hulu
31. Masjid Tengkera
32. Masjid Kampung Kling
33. Masjid Negeri, Al-Azim
34. Makam Hang Kasturi
35, Makam Hang Jebat
36. Bukit China
37. Perigi Hang Li Po
38. Perigi Hang Tuah
39. Perkuburan Belanda
40. Bukit Senjuang (St. John)
41. Bukit St. Paul (St. Paul's Church)
42. Gereja St. Peter
43. Gereja St. Francis Xavier
44. Melaka Duck Tours
45. Masjid Selat Melaka
46. Marina Melaka
47. Dataran 1 Malaysia
48. Melaka Sentral
49. Medan Kereta Lembu
50. Jonker Walk
51. Pahlawan Walk
52. Newton Court
53. Bandar MITC 
54. Dusun Dato' Murad
55. Air Terjun Bukit Sebukor
56. Bandaraya Mall
57. Muzium Pulau Besar
58. Pulau Besar
59. Pulau Melaka
60. Homestay Alai
61. Medan Ikan Bakar Umbai Lama
62. Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong
63. Medan Ikan Bakar Pernu
64. Pantai Tanjung Keling
65. Makam Hang Tuah
66. Rumah Tradisional Peringgit
67.  Muzium UMNO
68. Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
69. Melaka Pirate Park
70. Pantai Puteri
71. Pantai Kundur
72. Tokong Cheng Hoon Teng
73. Tokong Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
74. Jalan Heeren
75. Kampung Jawa
76. Kampung Morten
77. Vila Sentosa