Hang Tuah Jaya



Selamat Datang ke Daerah Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
"Bandaraya Pintar"



Mari menatang si buah seraya,
Seraya dimakan si cenderawasih; 
Selamat datang ke Hang Tuah Jaya,
Bandaraya pintar, cantik dan bersih.

Sejarah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Melaka. Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 35733.04 ekar, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah dengan 22601.03 ekar, Alor Gajah (12396.41 ekar) dan Jasin (28532.01 ekar).



Di sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan. Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada beberapa zon iaitu:

Zon Pentadbiran
Zon R&D dan Hub Pendidikan
Zon Perdagangan
Zon Enterprise
Zon Airport City
Zon Perlancongan
Cyber City

Antara tempat-tempat utama yang terdapat di sini ialah:

Ayer Keroh
Seri Negeri yang menempatkan pejabat Ketua Menteri
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), tempat berlangsungnya pelbagai konvensyen, seminar dan pameran.
Zoo Melaka
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Masjid al-Alami MITC
Taman Buaya Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM)
Planetarium Melaka, planetarium kedua di Melaka
Muzium Orang Asli
Muzium Lebah Sedunia

Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 11 Mei 2005. Pengerusi Perbadanan Hang Tuah Jaya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam manakala Timbalan Pengerusinya ialah Datuk Wira Ismail Saleh yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 .

Latar Belakang MPHTJ

Kawasan Pentadbiran Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada asalnya merupakan kawasan pentadbiran Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) yang telah diwartakan didalam Warta Kerajaan No. 44 bil.PUN(M)353/46/77 bertarikh 19 Januari 2006. 

Berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), Kawasan Hang Tuah Jaya akan diwartakan semula sebagai kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi mengantikan warta asal sebagai kawasan Perbadanan. Pintu Masuk MPHTJ ialah melalui Plaza Tol Ayer Keroh yang terletak dalam kawasan Alor Gajah yang merupakan antara plaza tol terkenal di negara ini. Sebaik sahaja pelancong memasuki plaza tol itu, mereka disajikan dengan kawasan pelancongan yang menarik disekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC.) Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkeluasan 144.6 km persegi (35,733.04 ekar) merangkumi tiga daerah iaitu sebahagian daerah Melaka Tengah, sebahagian daerah Alor Gajah dan sebahagian daerah Jasin.

Kawasan Pentadbiran ini mengandungi Sembilan Mukim seperti yang dinyatakan dibawah:

Enam (6) di Daerah Melaka Tengah
Sebahagian Mukim Batu Berendam
Sebahagian Mukim Bukit Baru
Sebahagian Mukim Bukit Katil
Sebahagian Mukim Bachang
Sebahagian Mukim Peringgit
Sebahagian Mukim Ayer Molek

Satu (1) di Daerah Alor Gajah
Sebahagian Mukim Durian Tunggal

Dua (2) di Daerah Jasin
Sebahagian Mukim Ayer Panas
Sebahagian Mukim Kesang

Objektif

Membangunkan Hang Tuah Jaya sebagai pusat ICT dan Multimedia secara bersepadu sebagai pengerak kehidupan.
Merancang dan membangunkan zon kediaman yang selesa dan lengkap dengan Infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan Bandar Mampan.
Merancang dan Menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif serta mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti.
Merancang dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistic menerusi pembangunan hub pendidikan dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
Merancang dan menyediakan kawasan rekreasi dan landskap berkualiti sesuai dengan Imej MPHTJ sebagai Bandaraya Pintar.

Visi         

Menjadikan Hang Tuah Jaya Bandaraya Pintar bertaraf dunia berkonsepkan Teknologi Hijau
Misi        
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya peneraju perkhidmatan dan pembangunan bertaraf dunia

Dasar Kualiti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Mengutamakan kepuasan pelanggan serta komited untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti, akta, undang-undang, peraturan dan dasar yang telah ditetapkan.
Sentiasa berusaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan cemerlang selaras dengan slogan nasional rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.
Membuat kajian semula terhadap keberkesanan dasar dan objektif kualiti dari semasa ke semasa.

Logo
Laman Web Malaysia

Bunga Rasmi

Sepit Udang

MPHTJ
Nama Tempatan : Sepit Udang, Mempisang, Bird of Paradise
Nama Saintifik : Helicornia

Tempat-Tempat Menarik dan Tarikan Pelancongan Daerah Hang Tuah Jaya

1. Planetarium Melaka
2. Rumah Batik Melaka
3. Pusat Bowling Antarabangsa Melaka, MIBC
4. Zoo Melaka
5. Taman Buaya
6. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC
7. Bandar MITC
8. Kompleks Seri Negeri
9. Taman Seribu Bunga
10. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
11. Masjid al-Alami
12. Taman Mini Malaysia dan ASEAN
13. Kota Fesyen 
14. Muzium Orang Asli
15. Taman Botani 
16. Melaka Wonderland
17. Muzium Lebah Sedunia
18. Kampung Buku
19. Litar Permortoran Antarabangsa Melaka, MIMC
20. Gerbang Melaka (Melaka Arches)
21. Dataran Sejarah
22. Muzium Pengangkutan