Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Berita: Akademi Teknologi Hijau & Restoran Hijau Dibina di Melaka


Kerajaan Negeri Melaka akan membina Akademi Teknologi Hijau dan Restoran Hijau yang pertama di Melaka yang terletak di Mukim Ayer Panas. Projek itu dijangka siap dalam tempoh setahun.


Akademi dan restoran tersebut dibangunkan oleh Yayasan Melaka di atas tanah milik yayasan itu yang berkeluasan 1.37 hektar dengan melibatkan kos pembinaan RM2.7 juta. Projek tersebut merupakan model Bandar Hijau yang pertama di negeri ini yang memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran baru yang mengguna pakai sepenuhnya teknologi hijau.



Beliau berkata bangunan pentadbiran akademi itu mempunyai keluasan 567 meter persegi merangkumi dewan, empat bilik, pantri, dan tandas. DAR menekankan bahawa projek tersebut akan dibangunkan dengan menggunakan konsep Kem Permata Resort yang terletak di Ayer Pa'abas di Alor Gajah. 


Projek Restoran Hijau pula memiliki keluasan 1,728 meter persegi meliputi pentas, bilik audio, ruang makan, dapur, ruang penyediaan dan tandas.


Kedua-dua bangunan tersebut bercirikan pembangunan teknologi hijau sebagaimana digariskan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai model pertama dibangunkan di Bandar Hijau.


Yayasan Melaka telah membelanjakan peruntukan sejumlah RM10.9 juta bagi membina jalan masuk sepanjang tiga kilometer ke akademi tersebut dari Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh.


Antara komponen pembangunan lain yang akan dibina di Bandar Hijau itu ialah Kolej Kejururawatan, Pejabat Pengarah Kesihatan Melaka, Akademi Percukaian, Pusat Rehabilitasi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pusat Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya.


Monday, January 17, 2011

Education: Akademi Pelancongan Melaka (APM)


Penubuhan Akademi Pelancongan Melaka (APM) diilham dan disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam supaya sektor pelancongan di negeri Melaka dimantapkan dan dimajukan terus agar dapat mengekalkan daya saing tarikan negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan yang unggul di Malaysia dan rantau ini sempena Melaka Maju 2010 dan Tahun Melawat Malaysia.

Akademi pelancongan Melaka ditubuhkan pada 30 Julai 2006, dibwah Akta Syarikat 1965, sebagai Akademi Pelancongan Melaka Sdn. Bhd. APM adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang dimiliki penuh oleh Kumpulan Melaka Berhad sebagai pemegang syer syarikat (100%).

Kewujudan APM ini adalah juga untuk memenuhi impian dan aspirasi Y.A.B Ketua Menteri Melaka untuk melihat agar Melaka menjadi pemacu terbilang di dalam sektor pelancongan di Malaysia dengan berteraskan pendekatan proaktif dan dinamik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan industri pelancongan di Melaka.


Dahulunya Akademi Pelancongan Melaka beroperasi di Bangunan Rumah Rehat Jasin di alamat Jalan Rumah Pegawai Daerah, 77000 Jasin, Melaka. Namun setelah setahun beroperasi di Jasin, APM berpindah ke Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh. Setelah setahun beroperasi, APM kini berpindah pejabat di Aras 1, Bangunan Mahkamah Majistret MBMB, Jalan Tun Sri Lanang, 75150 Melaka sehingga sekarang.

Pengiktirafan pertama yang diterima oleh APM adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan pada 16 April 2007. APM juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Akademi Pelancongan Melaka juga telah diiktiraf sebagai Institut Latihan Pelancongan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada Jun 2010 bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri pelancongan.

APM juga merupakan agen tunggal di Melaka yang telah dilantik oleh Corporate Coach bagi menjalankan kursus Mesra Malaysia, Tourism English dan Act Tourism sepanjang tahun 2007 bersempena Tahun Melawat Malaysia.

APM merupakan agensi pelaksana bagi menjalankan kursus-kursus dan program jangka pendek dalam sektor pelancongan dan hospitaliti dengan memberi latihan secara teori dan amali kepada mereka yang terlibat di dalam industri tersebut agar mutu perkhidmatan yang diberikan bertaraf profesional.

APM turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) pada 26 Mac 2010 dengan tujuan memajukan lagi sektor pelancongan bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Misi:

Untuk memantapkan mutu perkhidmatan dalam bidang Pelancongan menjelang Melaka Maju 2010 dengan motto:

"1 Malaysia, Hospitality & Tourism"

Visi:

Menjadi institusi latihan dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan yang terunggul di Malaysia seiring dengan perkembangan semasa.


Objektif Akademi Pelancongan Melaka:

1. Sebagai pemangkin yang khusus untuk memberi latihan, pendidikan serta kursus-kursus dalam pelbagai bidang yang terlibat dalam industri pelancongan di negeri Melaka.
               
2. Memastikan agar mutu perkhidmatan yang diberikan oleh mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan bertaraf professional.

Fungsi:

1. Memberikan latihan secara teori dan praktikal ("Hands on dan skill") bagi mereka yang terlibat.
               
2. Merancang dan melaksanakan program modal insan.
               
3. Menganjurkan seminar, bengkel, pakej penginapan dan pengurusan acara.


Kursus-Kursus Yang DiTawarkan:

Kursus Pengendalian Makanan
Kursus Pengendalian Makanan untuk Katerer
Kursus Pramusaji
Kursus Masakan
Kursus "Malaysia Welcomes The World" - Mesra Malaysia
Kursus "Malaysia Welcomes The World" - Tourism English
Kursus "Malaysia WElcomes The World" - Act Tourism
Kursus Pembuatan Pastri dan Kek
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
Kursus Keterampilan Diri
Kursus Menghadapi Temuduga
Kursus Membuat Roti
Kursus Intensif Bahasa Inggeris Conversation & Using the Telephone
Kursus Intensif Bahasa Inggeris Writing Skills




Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Akademi Pelancongan Melaka
Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Majistret MBMB,
Jalan Tun Seri Lanang,
75150 Melaka.
Tel: +606-286 9960 / 62
Faks: +606-286 9961


Wednesday, January 12, 2011

Education: Universiti Teknologi Mara Melaka

UiTM Kampus Alor Gajah, Lendu

UiTM Bandaraya Melaka

ITM Melaka (Kini UiTM Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 telah beroperasi di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar.  UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana.


Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar.

UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500. 

Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Melaka kini berada dibawah pentadbiran Datuk Prof Madya Dr Mizan Hj Hitam.

Blog Nadim (Jebat), Kolej kediaman Riqq selama 3 tahun!

Logo Nadim

Penubuhan UiTM KBM (Kampus Bandaraya Melaka) adalah agenda nasional dengan usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM hasil daripada saranan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia untuk mencapai enrolmen seramai 200,000 pelajar bumiputera di UiTM menjelang tahun 2010. UiTM KBM telah dirasmikan pada 26  Mac 2007 oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam.


UiTM KBM yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka telah mula beroperasi dengan persediaan pengurusan pada 15 Disember 2006 dan diterajui oleh 11 staf pentadbiran.  Manakala aktiviti akademik telah bermula pada 3 Januari 2007.  Pengarah UiTM KBM adalah di bawah pengurusan Pengarah UiTM Melaka, iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hj. Hitam dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus Bandaraya iaitu Prof Madya Mohd Zainud-Din Hassan.  Kampus ini meliputi bangunan 16 tingkat dan dilengkapi dengan bilik-bilik kuliah, makmal-makmal komputer, pejabat-pejabat Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Bendahari, Unit Keselamatan, dan Bahagian Pengurusan Fasiliti, serta pusat sumber, bilik mesyuarat, auditorium, surau, kafeteria, pusat pelajar dan parkir dalam bangunan. Kolej kediaman pelajar siswa adalah di Kolej Tun Mamat, Kg Morten manakala kolej kediaman siswi di Kolej Taman Bertam, Pulau Gadong.

Kumpulan pertama pelajar UiTM KBM merupakan pengambilan bagi Semester Disember 2007 – April 2007 dengan jumlah pelajar seramai 970.  Kini UiTM KBM mempunyai jumlah hampir 3,500 orang pelajar sepenuh masa dan separuh masa.

Tuesday, November 09, 2010

Education: Kolej Yayasan Melaka


Kolej Yayasan Melaka atau lebih dikenali sebagai KYM merupakan antara institusi pendidikan di Melaka yang terkenal dan terkemuka.


Merupakan di antara kolej swasta yang terawal di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia telah berjaya melahirkan ribuan mahasiswa dalam pelbagai bidang akademik dan pengajian sejak dari penubuhannya.
Kolej Yayasan Melaka ditubuhkan pada 23 Mac 1997. Upacara perasmiannya disempurnakan oleh YAB Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merangkap menteri pendidikan ketika itu.





Misi
Membina perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar. Menghasilkan produktiviti yang tinggi.
Untuk melahirkan para intelektual yang profesional dan berkualiti, penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan akhlak merupakan komprehensif dalam meneruskan pembangunan ini.
Mewujudkan hubungan yang amat rapat antara pelajar dan pekerja bagi memudahkan pertukaran idea dan perkongsian pendapat, serta bekerjasama dalam melaksanakan apa sahaja projek yang dianjurkan pelajar ataupun organisasi yang baik.


Moto
Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih


Visi
TERUNGGUL di antara institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia.
TERUNGGUL dalam melahirkan graduan yang bermutu, terdidik dan berdisiplin.
TERUNGGUL dalam menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terlengkap untuk pelajar.
TERUNGGUL dan bekerjasama ke arah memperbaiki dan menaikkan kualiti hidup pelajar.
TERUNGGUL dalam penyusunan organisasi. Memperbaiki kualiti pentadbiran dari masa ke semasa dan terbuka kepada kritikan yang membina.





Piagam
Pelajar merupakan pelanggan yang mempunyai keutamaan dalam setiap keputusan yang melibatkan mereka. Kakitangan adalah aset yang amat bernilai ke arah membangunkan sesuatu organisasi. Penggabungan idea dan tenaga antara kakitangan dan pelajar akan memantapkan sesuatu organisasi. Pendidikan bermutu akan melahirkan graduan yang cemerlang, terdidik dan terlatih dari segi rohani dan jasmani.


Sesungguhnya...........
"Bekerja dengan bijak memungkinkan kejayaan, pelajar dan pekerja yang berinsiatif akan membawa pembaharuan dan pekerja dan pelajar yang bagus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan."


Lokasi
Kampus utama Kolej Yayasan Melaka terletak di No 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka.


Program Kerjasama
Antara program kerjasama yang dijalankan oleh Kolej Yayasan Melaka ialah:
Program Kerjasama UTM/KYM - Program kerjasama pengajian diploma di antara Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Yayasan Melaka
Program Kerjasama UUM/KYM - Program kerjasama pengajian ijazah di antara Universiti Utara Malaysia dan Kolej Yayasan Melaka


Program KYM
Sekolah Teknologi Media & Seni 
Sekolah Pengurusan Perniagaan (SPP) 
Sekolah Teknologi Maklumat
Sekolah Teknologi Perindustrian (STP)


Program MLVK
Sijil Kemahiran Malaysia (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan - MLVK)