Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Event: Hang Tuah Jaya Municipal Council Flower Festival 2011

*Kindly click on the picture for larger version

Hang Tuah Jaya Municipal Council Flower Festival 2011
Venue: Garden of Thousand Flowers, Ayer Keroh Melaka (Taman Seribu Bunga, Seri Negeri)
Time: 8 am - 6 pm
Date: 27 Dec 2011 - 1 Jan 2011

Activities: Landscape exhibition & booths, orchids exhibition & sales, decorative plants exhibition, photography competition (1st Prize - RM 1000.00, 2ND Prize RM 650.00, 3rd Prize RM 350.00 & 10x mystery gifts for lucky visitors everyday!)

All are invited!

Wednesday, January 12, 2011

MICE: Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


Realiti masyarakat Melayu hari ini mengambarkan seolah-olah bangsa Melayu telah hilang hakikat jatidiri mereka. Semua nilai negatif telah dilonggokkan pada imej mereka. Lebih malang lagi, senario politik semasa telah mengakibatkan perjuangan mereka ditentukan oleh agenda bangsa minoriti yang telah menjadi golongan pendesak. Adalah dipercayai, ini merupakan kesan langsung dari penjajahan jangka panjang yang bermula sejak tahun 1511 lagi.


Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan mereka hilang jatidiri dan agenda perjuangan. Apa yang dapat kita dilihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Antara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang telah memaksa bangsa ini menerima piawaian barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan dan ketamadunan.


Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama persatuan belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu konvensyen yang bertajuk “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.


Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.


Konvensyen ini adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Dirasmikan Oleh:
Yb Dr. Hj Mohd Puad B Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh:
25 Safar 1432 Hijrah
29 Januari 2011

Tempat:
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal, Melaka

Yuran Penyertaan:
Dewasa / Bekerja - Rm 50
Mahasiswa - Rm 20



Objektif Konvensyen:
Memberi gambaran keutuhan jatidiri masyarakat Melayu yang telah membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerajaan yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia


Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagaimana proses penjajahan telah merungkai jatidiri dan agenda perjuangan bangsa Melayu.

Memberikan cadangan penyelasaian permasalahan jatidiri umat Melayu Islam di negara ini bagi membolehkan mereka menjadi menjadi bangsa yang unggul semula.



Aturcara:

Sabtu 29 Januari 2011

8.00 – 8.30 Pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 Pg
Pembentangan 1
“Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
– Ybhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf B Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim)

9.30 – 10.00 Pg
Kehadiran Vvip / Vip

10.00 – 10.45 Pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-Aluan Dan Perasmian
Ucapan Alu-Aluan Oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ucapan Perasmian Oleh -
YB Dr Hj Mohd Puad B Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

10.45 – 11.00 Pg
Jamuan Vvip / Vip & Jamuan Ringan Peserta

11.00 – 12.00 Tgh
Pembentangan 2
“Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini.”
– Ybhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka

12.00 – 1.00 Ptg
Pembentangan 3
“Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri Dan Agama  Islam”
Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni – Naib Presiden Ii Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

1.00 – 2.00 Ptg
Rehat / Makan /  Solat

2.00 –  4.00 Ptg
Forum : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu Dan Islam”
- Pengerusi : Y. Bhg Tuan Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung Isma
Panelis
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
+ Yg Bhg Dr Muhd Razak B Idris, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
+ Profesor Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar, Ketua Ii, Gabungan Penulis Nasional , Gapena
+ Yg Bhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri

4.00 – 4.30 Ptg
Majlis Penutup Dan Ucapan Penangguhan
En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

4.30 Ptg
Majlis Bersurai


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Encik Rauf 017 611 3854
Puan Affiza 013 218 8564

Pendaftaran Online:

Lokasi:



Monday, December 27, 2010

Event: Malaysia Open House Christmas 2010 Part 2

A Joyous National Christmas Open House at Portuguese Village

MELAKA, 26 DECEMBER, 2010: The 2010 National Christmas Open House at the Portuguese Village, Ujong Pasir here tonight was a joyful occasion and attended by more than 10,000 people.

People from various races, including tourists, began arriving at the village, which is the oldest Portuguese settlement in Malaysia, since 6pm to watch the various performances held at the venue.

Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, accompanied by wife, Toh Puan Zurina Kassim, arrived at the venue at 8.30pm to officiate the event.

He was met on arrival by Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr.Rais Yatim, who then accompanied him to visit several houses to wish the occupants a merry Christmas.

The village was lit with colorful neon lights and buntings to add merriment to the celebration.

This is the second National Christmas Open House held at the village, the previous one in 2008.

Rais, in his speech at the function, said that by having the open house, it could strengthen unity among the people of various races through the spirit of the 1Malaysia concept.

He also announced a RM480,000 allocation from the federal government to repair houses on worship in the Portuguese settlement.

Guests were entertained to various cultural and arts performances, as well as performances by local singers.

The highlight was the Joget 1Malaysia which involved the participation of those present. The event was entered into the Malaysia Book of Records for the most number of dancers in a joget performance.

- Bernama

Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 Disambut Meriah


MELAKA: Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini, malam ini disambut meriah dengan dihadiri lebih 10,000 orang pengunjung.

Orang ramai berbilang kaum dan agama serta pelancong asing mula mengunjungi Perkampungan Portugis yang tertua di Malaysia itu sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada majlis yang bertemakan "Jalinan Kemesraan Pemimpin dan Masyarakat".

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob hadir merasmikan majlis itu yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mohd Khalil yang tiba pukul 8.30 malam kemudiaannya diiringi oleh Mohd Ali dan Dr Rais serta tetamu kehormat lain, mengadakan lawatan Krismas ke beberapa buah rumah penduduk di perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka.

Suasana perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka begitu meriah "bermandikan cahaya" menambahkan keindahan beberapa hiasan cantik untuk menghidupkan sambutan itu seperti pokok krismas, Santa Claus dan Santarina, kotak hadiah, snow man, dan banyak lagi.

Perkampungan seluas 11.2 hektar yang diasaskan pada 1930 dan kini diketuai Peter Thomas Gomes, mempunyai kira-kira 1,200 penduduk berbangsa Portugis yang mendiami 118 buah rumah, dan ini merupakan kali kedua perkampungan itu dipilih sebagai tuan rumah sambutan berkenaan selepas kali pertama pada 2008.

Dr Rais dalam ucapannya pada majlis itu berkata penganjuran majlis rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan rakyat berbilang bangsa dengan semangat Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sentiasa bersama dan mendekati rakyat setiap masa menerusi pelbagai program termasuk melalui pendekatan mesra budaya.

Dr Rais seterusnya mengumumkan peruntukan kerajaan persekutuan RM480,000 kepada Perkampungan Portugis itu bagi membaiki rumah ibadat di kawasan berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan keseniaan termasuk nyanyian oleh artis tempatan.

Acara kemuncak ialah tarian Joget 1Malaysia yang disertai oleh pengunjung yang hadir yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai peserta untuk satu-satu persembahan joget.- BERNAMA



Program Joget Ria cipta rekod

MELAKA: Lebih 2,000 peserta pelbagai kaum di negara ini mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila mengambil bahagian dalam acara Joget Ria anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, dekat sini, malam tadi.

Acara itu yang julung kali diadakan pada sambutan peringkat kebangsaan kali ini turut mendapat perhatian kira-kira 10,000 pengunjung termasuk tetamu jemputan VVIP yang turut diundang menari tarian gabungan masyarakat Melayu, Portugis, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Persembahan itu dimulakan sejurus ucapan Menterinya, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, pada jam 9.00 malam.

Majlis perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama isteri Tun Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Ketua Perkampungan Portugis, Peter Thomas Gomes.

Persembahan MRTM Krismas selama sejam itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis popular tanah air iaitu Stacy dan Iqwal.
Pada akhir majlis, Rais turut menghulurkan sumbangan 26 unit Netbook 1Malaysia kepada penerima selain sumbangan masing-masing RM1,000 kepada lapan individu kerana jasa dan bakti bagi kategori penggiat seni remaja dan veteran.
Perkampungan Portugis yang juga dikenali sebagai Mini Lisbon terletak 5 kilometer (km) dari pusat bandaraya iaitu di Ujong Pasir, Melaka.

Sementara itu, Rais berkata, kerajaan sentiasa menjadikan sambutan perayaan utama rakyat negara ini sebagai majlis yang disambut secara saksama untuk dinikmati semua kaum selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, sambutan yang diraikan dengan pendekatan mesra budaya itu mengangkat enam perayaan utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas sebagai sambutan rakyat Malaysia.

"Ini sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati oleh pemimpin dari semua kaum yang cintakan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

"Konsep utama sambutan rumah terbuka malam ini adalah untuk memastikan kegembiraan rakyat dikongsi bersama dengan pemimpin untuk menimbulkan rasa kemesraan dan hubungan erat,'' katanya ketika berucap pada majlis itu.

Rais berkata, sambutan Hari Natal boleh dijadikan landasan terbaik untuk rakyat majmuk di Malaysia saling mengenali serta memahami lebih rapat adat dan budaya segenap lapisan rakyat sekali gus mengukuhkan toleransi.

“Untuk mencapai hasrat itu, kita harus mendidik anak-anak dengan keseimbangan ilmu agama dan keduniaan selain memupuk mereka dengan kefahaman untuk memahami dan menghormati kepelbagaian budaya dan adat rakyat Malaysia.

"Toleransi ini harus bermula di rumah dan seterusnya berlanjutan ke sekolah, institusi pengajian tinggi sehingga ke alam pekerjaan dan keluarga.
"Generasi inilah yang akan mewarisi benih perpaduan sebenar negara ini pada masa akan datang selaras dengan pemahaman menerusi gagasan 1Malaysia yang kita sedang bina ini," katanya.

Pada majlis itu juga Rais turut mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM480,000 kepada penduduk di Perkampungan Portugis untuk membolehkan perkampungan yang mula bertapak sejak 1930 itu membaiki dan memiliki rumah ibadat yang lebih selesa.

Selain itu, 26 penerima dari perkampungan itu masing-masing diberikan satu unit Netbook 1Malaysia serta sumbangan RM1,000 kepada lapan penggiat budaya bagi kategori remaja dan veteran.

Let's take a look on the event pictures taken from DAR fan page (facebook):

Arrival of DAR and other VVIP and VIP to the Potuguese Settlement




DAR, TYT and other VVIP stop at nearby house for refreshments



Music performance from the Portuguese community


Visiting one of the Portuguse house as a Malaysian Open House tradition 

Heading to the Portuguese Square for the celebration

Malaysia National Anthem; Negaraku



Welcoming dance









Local artist performance


Miss Tourism 2010






TYT launched the Malaysia Open House Christmas 2010