Jasin


Selamat Datang ke Daerah Jasin
Daerah Lestari Bandar Bestari





Ikan kitang si ikan masin,
Ikan merah kami hidangkan;
Selamat datang ke Daerah Jasin,
Permaidani merah kami bentangkan.

Sejarah MPJ

Sejarah Majlis Perbandaran Jasin bermula pada 1959 sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council). Kemudian dengan berkuatkuasanya undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin mulai 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 ia telah dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Jasin.

Bangunan Majlis Perbandaran Jasin telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI. Pada zaman dahulu, bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran daerah Inggeris. Seterusnya pada tahun 1959, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Jasin ditubuhkan, banguanan ini menjadi pusat pentadbiran Majlis, dan ia berkekalan sehingga kini.

 Misi

Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran Dinamik yang mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020.

Visi

Komited untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber secara optimum.

Objektif

Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju.
Dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan.
Memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.
Mempunyai infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan negara.

Bunga Rasmi

Alamanda

Alamanda berbunga kuning, Mudah ditanam senang dijaga, Bunga rasmi Daerah Jasin, Menambah seri alam semesta.

Bunga Alamanda kuning atau nama saintifiknya Allamanda cathartica L, merupakan daripada keluarga APOCYNACEAE yang dipercayai berasal daripada Brazil.
Pokok dari jenis renek ini mempunyai bunga di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.

Nama lain bagi pokok ini ialah Small Leaved Butter Cup.

Deskripsi Logo

Logo MPJ

 
Huruf M dan P bermaksud Majlis Perbandaran serta melambangkan visi Majlis Perbandaran Jasin.


Huruf J mewakili bandar Jasin serta misi Majlis Perbandaran Jasin.

Bunga alamanda merupakan bunga rasmi Bandar Jasin. Ia juga melambangkan objektif utama Majlis Perbandaran Jasin.

Lima garisan ini melambangkan lima fungsi utama Majlis Perbandaran Jasin.

Bermaksud wargakerja MPJ sentiasa meningkatkan produktiviti dan kualiti.

Merupakan warna koprat MPJ yang melambangkan keberanian dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Memberi gambaran MPJ sebagai sebuah organisasi yang mantap dan bertoleransi.

Menunjukkan MPJ melaksanakan tugas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Lagu Rasmi

Majlis Perbandaran Jasin
Khidmat Bakti Untuk Semua
Alamanda Bunga Rasmi
Lambang Sejahtera, Jasin Di Hati
Urusan Cepat Berkesan
Layanan Mesra dengan Senyuman
Khidmat Ikhlas Yang Di Beri
Berkat Restu Illahi
Dibawah Yang Dipertua
Jasin Maju Jaya
Kita Bekerjasama
Menuju Arah Wawasan
Kebersihan Bandar Kita
Tanggungjawab Bersama
Kemakmuran Hidup Tercipta
Majlis Perbandaran Jasin
Majlis Kita Semua
Kemakmuran Keindahan
Wawasan Kita Semua


Daerah Jasin

Peta Jasin

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%), diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (di bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (di bahagian barat), Daerah Muar, Johor (di bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (di bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim.

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian.

Mukim-mukim Daerah Jasin

1. Nyalas
2. Ayer Panas
3. Selandar
4. Jasin
5. Merlimau
6. Kesang
7. Rim
8. Batang Melaka
9. Chabau
10. Chin Chin
11.Sungai Rambai
12. Sebatu
13. Serkam
14. Semujuk
15. Bukit Senggeh 
16. Umbai
17. Jus
18. Chohong
19. Sempang
20. Tedong


Tempat-Tempat Tarikan Pelancongan, Rekreasi, Budaya, Semulajadi dan Bersejarah Daerah Jasin

1. Agrotourism Homestay Parit Pnghulu, Sungai Rambai
2. Pusat Rekreasi Sungai Rambai
3. Rumah Tradisional Melayu Sungai Rambai
4. Rumah Penghulu Natar Merlimau
5. Perigi Portugis Merlimau
6. Makam Tun Teja, Kampung Sempang
7. Makam Datuk Senara Jasin
8. Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru
9. Medan Ikan Bakar Serkam
10. Serkam Halal Hub
11. Muzium Pertanian Jasin
12. Pusat Rekreasi Bukit Langsat
13. Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah
14. Dataran Jasin
15. Jeti Anjung Batu
16. Medan Ikan Bakar Anjung Batu
17. Air Panas Bemban
18. Chalet Agrotourism Kampung Tehel
19. Orna Golf and Country Club, Gapam