Showing posts with label Dances. Show all posts
Showing posts with label Dances. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Dances: Joget Lambak


Joget Lambak merupakan warisan masyarakat Melaka sejak berkurun lamanya. Sewaktu ketika dahulu, Joget Lambak menjadi suatu kemestian untuk diadakan pada majlis-majlis kahwin sekitar Melaka namun kini lenyap dek peredaran masa dan kesesuaian keadaan sekarang. Joget Lambak juga dikenali sebagai Joget Cak Kun Cak oleh masyarakat setempat di Melaka.

Koleksi lagu-lagu Joget. Riqq ada album ni tapi tak tahu mana perginya.

Pemuda-pemudi akan menari beramai-ramai di dalam mahupun halaman rumah secara ‘berlambak’ diiringi kugiran dari malam hingga ke awal pagi. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam Joget Lambak tidak terbatas menjadikan tradisi ini mendapat tentangan dan akhirnya terus terkubur.

Mengikut cerita orang tua-tua, pengantin dan para tetamu akan menari beramai-ramai dan mereka boleh memilih pasangan masing-masing dengan mencuit bahu seseorang yang disukainya. Lama kelamaan budaya Joget Lambak semakin dilupakan berikutan usaha ulamak-ulamak dan pegawai syarak dalam membanteras kegiatan ini.

Dipercayai bahawa Joget Lambak berjaya dihapuskan melalui usaha juru nikah dan pegawai syarak masjid-masjid sekitar Melaka yang mengugut tidak mahu menikahkan pasangan pengantin jika ibu bapa mereka bercadang untuk mengadakan Joget Lambak atau Joget Cak Kun Cak pada malam persandingan. Joget Lambak masih dapat dilihat di sesetengah tempat di Melaka namun tidaklah sehingga melupakan batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Saturday, October 30, 2010

Dances: Tarian Istana Lama, Ceracap Inai


Tahukah anda terdapat banyak tarian-tarian asli yang berasal dari Istana Melaka? Berikutan terjadinya peperangan antara Melaka dengan Portugis, Sultan Mahmud Shah, para pembesar dan sida-sida telah berundur ke Muar. Persembahan-persembahan tarian tersebut turut dibawa bersama-sama mereka. Salah satu tarian Istana Melaka yang sangat unik dan sudah tidak ditarikan di Melaka kini adalah tarian Cerecap Inai. 
Tarian Ceracap Inai ini hanya ditarikan di hadapan Sultan, kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu majlis keramaian diraja. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai mempunyai unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), bertujuan untuk merendahkan diri kepada golongan bangsawan.Tarian ini ditarikan di balai penghadapan dan balairung seri istana oleh penari-penari, dayang-dayang dan penghibur diraja.



Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'bunga emas dan perak bertempawan' dan para penari akan membawa sepasang talam ceracap yang bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. 
Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil seperti 5, 7, 9, 11 dan 13 orang atau boleh juga ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja. Kini, tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar yang pernah menjadi tempat persinggahan Sultan Mahmud Shah.

Saturday, October 23, 2010

Dances: Mak Inang

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan.


Monday, October 18, 2010

Dances: Joget Serampang Laut

Joget Serampang Laut adalah merupakan salah satu seni persembahan yang berasal dari Negeri Melaka berikutan tersebarnya pengaruh kebudayaan masyarakat Portugis di Melaka. Lagu dan muziknya rancak seperti rentak muzik Portugis atau juga dikenali sebagai 'branyo'. Joget Serampang Laut juga menjadi suatu kemesetian untuk upacara-upacara kebesaran ketika itu dimana para penari akan menari beramai-ramai (Joget Lambak).


Sunday, October 17, 2010

Dances: Serampang Laut

Due to its strategic location, Malacca ascended to become a major trading centre, back in the 1500s. It welcomed the arrival of the Portuguese who brought along their culture together with their products. One of them was Branyo, a dance they introduced, which was adapted by the locals to what is known as the Joget.One of the prominent ones is the Joget Serampang Laut. This dance involves a lot of coordination between the hands and feet as well as between both male and female. 


The basic hand movement is called an ‘incomplete fist’ where the tips of the thumb and forefinger on both hands touch each other and the remaining fingers are curled in. The female dancers keep their elbows low to portray elegance while the male dancers keep them high as a sign of strength.Then there is the ‘terancang’, which is energetic and upbeat. The upper body has to face a 45-degree angle with one leg pointed outwards in the same direction as the body is then crossed over the other leg. In this movement, the hands do not change positions.The female wear a ‘kebaya labuh’, matched with a songket sarong. 


Songket is a rich fabric with gold thread patterns weaved through it. There are brooches down the front of the traditional blouse. Other ornaments include earrings, necklace and a gold hairpiece called ‘cucuk sanggul’. A fabric is draped over one shoulder, across the body. The male dancers wear the traditional ‘baju Melayu’ with a ‘sampin’ around their waists and a ‘songkok’ on their heads.