Showing posts with label Culture. Show all posts
Showing posts with label Culture. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Culture: Adat Istiadat Perkahwinan Melayu Melaka


Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan secara berperingkat-peringkat mengikut tertib dan menjadikan warisan turun-temurun. 

Adat istiadat perkahwinan Melayu Melaka ini sangat unik dan perlu dipelihara. Masyarakat di pinggir pantai Melaka mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat, selatan dan utara Melaka. 

Berikut merupakan penerangan secara ringkas mengenai unsur-unsur adat dan resam dalam perkahwinan Melayu Melaka mengikut peringkat ketertibannya.

1 ) Mencari Jodoh

Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu berdasarkan kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah pemilihan pihak lelaki itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya.

Melalui kaedah pertama, pemilihan jodoh dicari sendiri oleh si teruna iaitu setelah menemui gadis pilihan hatinya, si teruna akan menyatakan hasrat kepada ibu bapanya. Kaedah kedua pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak terunanya. 

Kerap kali berlaku bakal menantu itu terdiri dari ahli keluarga seperti anak saudara atau yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan di samping terjaga harta benda dari jatuh ke tangan orang lain. Bagaimanapun, dalam hal ini, selalunya si ibu akan memerhatikan gelagat serta tingkah laku gadis itu untuk menentukan kesesuaian bakal menantunya.

2) Penentuan Jodoh (Temu Jodoh)

Terdapat beberapa syarat dalam memilih gadis bakal menantu. Misalnya gadis itu mestilah mempunyai sifat yang baik dari segi agama, rupa paras yang cantik, berakhlak, banyak keturunan serta mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian khususnya dalam mengurus rumahtangga.

Bagi bakal menantu lelaki pula, hendaklah mempunyai pelajaran agama yang tinggi, sifat yang sempurna, mempunyai kedudukan (harta benda) yang baik dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai ilmu rumahtangga.

3) Merisik (Risek)

Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.

4) Meminang

Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Selalunya dijalan oleh ketua adat dan syarak. Sewaktu meminang, akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah bersangkutan dengan hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. 

Dengan berbuat demikian, tidak ada teruna lain akan masuk meminang gadis itu. Ini memberi peluang kepada sahabat handai serta kaum keluarga untuk bersiap sedia berderau (bersama-sama menjalankan tugas di hari perkahwinan nanti).

5) Hantar Tanda (Antau Tande)

Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari tunangannya. Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut. Pihak si gadis akan menyambut rombongan si teruna. Dalam menghantar cincin tanda ini, sering juga diiringi dengan sebahagian wang hantaran belanja. 

Walau bagaimanapun, ini terpulang kepada perjanjian kedua belah pihak. Biasanya upacara menghantar tanda ini dilangsungkan dengan kata-kata adat seperti 'helah lelaki hancur, helah perempuan ganda'. Sekiranya si teruna memutuskan pertunangan itu, cincin dan hantaran itu akan hilang dan jikalau si gadis pula yang menolak, maka terpaksa pihak gadis menggandakan pemulangan cincin tanda dan hantaran itu.

6) Hantaran Belanja (Antau Belanje)

Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Kedua pihak itu selalunya diwakili oleh ketua kampung. 

Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis dan mengikut apa yang telah dijanjikan. 

Perjanjian biasanya dalam bentuk 'serba satu atau serba dua'. Serba satu bererti persalinan iringan itu setiap jenis dan digubah dalam pelbagai bentuk seperti bentuk itik, burung dan keris. Wang hantaran pula digubah biasanya dalam bentuk buah-buahan ataupun pokok bunga.

Sementara itu, iringan lain sering kali turut disertakan adalah bunga rampai, sirih junjung, pahar telur merah dan alat solek. Kesemua kelengkapan yang dibawa oleh rombongan pihak pengantin lelaki disampaikan ke rumah gadis itu. 

Apabila selesai upacara penerimaan di serambi, iaitu setelah diselesaikan oleh pihak lelaki, hantaran serta iringannya itu diedarkan ke dapur. Ini adalah untuk disaksikan oleh pihak perempuan. Bekas-bekas kosong itu kemudiannya diisikan dengan barang-barang balasan daripada pihak gadis, biasanya kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang akan dibawa pulang oleh rombongan itu untuk si teruna.

7) Menyerambi Bertunang (Serambi Tunang)

Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah. Wakil dari kedua belah pihak bergilir-gilir membaca doa dan marhaban.

8) Menjemput Tetamu (Panggil)

Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan menjemput orang-orang tua kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan membuat tepak sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu. 

Majlis ini diadakan di rumah bakal pengantin dan segala tanggungjawab majlis akan ditentukan oleh mereka yang ada dalam majlis tersebut. Biasanya majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

8) Berinai Curi

Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Majlis ini bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan pihak pengantin. Mulai malam tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Selepas itu pengantin akan naik ke pelamin. 

Kemudian sanak saudara dan sahabat handai akan bergilir-gilir menginaikannya. Masa ini jugalah pihak pengantin lelaki atau keluarganya berpeluang melihat dari dekat wajah pengantin perempuan. Berinai curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.

9) Berinai Kecil

Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki. Tetapi pengantin lelaki berinai di serambi rumah sahaja. Sementara pengantin perempuan di ruang tengah rumah di atas pelamin. Majlis ini kadangkala dipanggil 'menyerambi kahwin'.

10) Berandam (Ngandam)

Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian depan kepala dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut di dahi serta di pelipisnya. 

Pengantin perempuan akan merasa perubahan wajahnya ditambah pula warna merah di jarinya selepas berandam. Upacara berandam dijalankan untuk persediaan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara berinai besar pada malamnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. 

Biasanya upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih dan daun ribu-ribu.

11) Mandi Berhias

Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. 

Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.

Majlis nikah merupakan majlis yang terpenting dalam perkahwinan. Utamakan yang wajib dahulu sebelum yang lain.

12) Pernikahan

Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai. Pakaian pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut. Imam mewakili pengantin perempuan menjadi jurunikah. 

Selain dari itu juga disahkan hantaran dan lain-lain yang bersangkutan. Mas kahwin biasanya berbentuk wang tunai. Mas kahwin diwajibkan dan diserahkan kepada pengantin perempuan.

13) Berinai Besar (Inai Besau)

Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besar dilakukan di atas pelamin dengan dimulai oleh pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan pula akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki dan berjalan sehingga selesai.

14) Hari Langsung (Keje Kawin)

Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di rumah pengantin perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya untuk upacara persandingan.

15) Sirih Lat-lat

Sirih lat-lat ialah gubahan pokok bunga daripada daun sirih yang dipegang oleh pengantin lelaki untuk diletakkan atas pangkuan pengantin perempuan apabila sampai di pelamin untuk bersanding.

16) Suap-suap

Sebuah pahar telur merah dan nasi adab-adab disediakan di depan pelamin dan ianya berwarna kuning dan diperbuat daripada pulut. Ahli waris akan mengambil sekepal nasi adab-adab lalu diletakkan di tapak tangan pengantin lelaki dan disuapkan kepada pengantin perempuan dan sebaliknya.

Telur merah orang dulu-dulu

17) Masuk ke Bilik Pengantin (Masok Bilek)

Jari kelingking pengantin lelaki yang sebelah kanan mencangkuk jari kelingking pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan melangkah masuk ke bilik pengantin sambil memimpin pengantin perempuan.

18) Makan Damai (Makan Beradap)

Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama dan mereka akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di dalam majlis itu.

19) Makan Waris

Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan sanak saudara dari kedua belah pihak.

20) Jemput Menantu (Antau Pengantin)

Majlis ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah pengantin lelaki berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan ke rumah bapa mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang menjemput. 

Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'. Pengantin perempuan akan tidur semalaman di rumah pihak lelaki.

21) Malam Satu

Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya pula. Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa mertuanya. 

Perlakuan yang ditunjukkan oleh pengantin lelaki akan dapat diketahui sama ada pengantin perempuan itu masih dara atau tidak semasa dikahwini.

22) Membalas Tidur

Bagi adat membalas tidur, pengantin perempuan buat kali keduanya akan tidur di rumah suaminya. Pengantin masih lagi memakai pakaian pengantin tetapi hanya sekadar pakaian 'kondeh' sahaja.

Masyarakat Melayu Melaka mempunyai adat istiadat perkahwinan tersendiri dan begitu unik sekali untuk dipelajari dan diamalkan. Walaubagaimanapun, kini kebanyakan unsur-unsur adat yang dikira kurang penting tidak diamalkan oleh masyarakat Melayu Melaka mengikut kesesuaian keadaan dan masa. 

Monday, April 18, 2011

Culture: Melaka Malay Traditional House

Typical Melaka Town Malay Traditional House with long roof and tiles staircases

‘Rumah Melayu Melaka’ or Malacca Malay House is the traditional Malay house that can be found in Malacca. It can still be found in the whole of Malacca today. It is only traditional Malay housed which mainly can be recognized by its glazed and multicoloured tiles on the staircases which are imported from Europe and China. Flowers are a common motif.

Traditional House with Alor Gajah long roof style and verandah

The house evinces a mixture of architectural influences, which mainly adopted from the traditional Chinese house. In its original form, the main house of the Malacca Malay House stands on 12 or 16 main posts.

Merlimau Limas roof style Malay Traditional House with colorful tiles and carves

The structure is made up of the main house, the central section and the kitchen. The main house is made up of the verandah and at times front room is added which has steps leading to it. In the central section is a room and separating the main house and the kitchen is a passage called ‘selang’. In the central section there is an attic used as a bedroom for the girls especially when there is a wedding ceremony and, also, as a storage space. The Malacca Malay house is normally built with ‘Cengal’, ‘Meranti’ and ‘Damar laut’ wood.

Traditional House of Sungai Rambai with Limas roof, 'tunjuk langit' and tebar layar

A typical traditional Melaka house stands on 12 to 16 main pillars, usually two metres high. The decorative flower-motif tiled steps are its most striking feature. Traditional Melaka houses can still be seen in rural communities with the most famous located in Merlimau.
Traditional Malacca Malay houses can be seen especially in the Merlimau area about 20 km south of Melaka City on the coastal road to Muar and Johor. 

Jasin 'Balik Hari' Traditional House with clay roof and imported tiles

A unique feature of the Melaka Malay kampung (village) house is its concrete and attractively-tiled front stairway. Most Malays are very house proud and you can see the effort put into up-keeping and gardening.

Parit Penghulu Limas Traditional House with simple design and 'pagar musang'

Culture: Bakul Sia


Bakul sia or sia basket is a traditional Melaka Malay and Nyonya basket. It is normally made of rattans, bamboo or wood and wrapped with thick paper or leather, the basket will be colored with red, black and golden paint to symbolize prosperity and richness. 


Malay sia basket

People in Melaka use this basket for various purposes or events such as wedding or fiest to keep fruits, cakes, dodol or tradtional Melaka snacks.

Tuesday, March 22, 2011

Dances: Joget Lambak


Joget Lambak merupakan warisan masyarakat Melaka sejak berkurun lamanya. Sewaktu ketika dahulu, Joget Lambak menjadi suatu kemestian untuk diadakan pada majlis-majlis kahwin sekitar Melaka namun kini lenyap dek peredaran masa dan kesesuaian keadaan sekarang. Joget Lambak juga dikenali sebagai Joget Cak Kun Cak oleh masyarakat setempat di Melaka.

Koleksi lagu-lagu Joget. Riqq ada album ni tapi tak tahu mana perginya.

Pemuda-pemudi akan menari beramai-ramai di dalam mahupun halaman rumah secara ‘berlambak’ diiringi kugiran dari malam hingga ke awal pagi. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam Joget Lambak tidak terbatas menjadikan tradisi ini mendapat tentangan dan akhirnya terus terkubur.

Mengikut cerita orang tua-tua, pengantin dan para tetamu akan menari beramai-ramai dan mereka boleh memilih pasangan masing-masing dengan mencuit bahu seseorang yang disukainya. Lama kelamaan budaya Joget Lambak semakin dilupakan berikutan usaha ulamak-ulamak dan pegawai syarak dalam membanteras kegiatan ini.

Dipercayai bahawa Joget Lambak berjaya dihapuskan melalui usaha juru nikah dan pegawai syarak masjid-masjid sekitar Melaka yang mengugut tidak mahu menikahkan pasangan pengantin jika ibu bapa mereka bercadang untuk mengadakan Joget Lambak atau Joget Cak Kun Cak pada malam persandingan. Joget Lambak masih dapat dilihat di sesetengah tempat di Melaka namun tidaklah sehingga melupakan batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Monday, March 07, 2011

Culture: Mengasap Kemenyan

Kemenyan atau lebih dikenali sebagai frankincense, olibanum, salai guggal, atau boswellia serrata di sesetengah tempat berasal sariapada getah sejenis pokok yang banyak terdapat di Oman, Afrika, dan India. Pokok Kemenyan juga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya adalah Styrax benzoin Dryand.

Kemenyan adalah getah kering, yang dihasilkan dengan menoreh batang pohon kemenyan. Resin yang kering berupa kepingan-kepingan putih, yang terbenam dalam massa coklat bening kelabu atau kemerahan, bersifat keras namun rapuh, serta berbau harum. Kemenyan juga banyak dihasilkan di Sumatera dan Thailand.

Di Malaysia, penggunaan kemenyan India adalah yang paling popular kerana pengaruh orang-orang Hindu dan bekalannya yang senang didapati manakala penggunaan kemenyan Oman pula sangat terhad dan tidak popular.

Kemenyan mengandungi lubanol bensoat, sumaresinol, vanilin, stirol, benzaldehida, bensilsinamat, dan fenil-propilsinamat. Kemenyan mampu mengubati demam, diaphoresis, kejang, disentri, urethrorrhea, orchiopathy, bronkitis, asma, batuk, stomatitis, penyakit sifilis, radang tekak yang kronik, penyakit kuning dan arthritis.

Sejak berabad lamanya, kemenyan menjadi lambang dan simbol kekuasaan ritual alam Melayu. Dalam dunia kedukunan dan bomoh, masyarakat Melayu Melaka dan lain-lain tempat banyak menggunakan kemenyan dan setnaggi sebagai wangi-wangian selain menjadi mesium perantaraan alam ghaib dan alam nyata.

Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.

Bekas mengasap kemenyam antik tinggalan arwah datuk Riqq ini telah berusia hampir seratus tahun dan masih berkeadaan baik

Selain menjadi bahan utama untuk tujuan perbomohan, kemenyan juga digunakan di istana-istana Melaka sebagai wangian dan kebiasaannya dibakar dalam dupa-dupa emas tempawan yang dibuat khas oleh tukang-tukang istana. Terdapat pelbagai jenis dupa untuk mengasapkan kemenyan antaranya yang diperbuat daripada emas, perak mahupun tanah liat.

Pokok kemenyan banyak tumbuh di kawasan kering dan panas

Amalan mengasap kemenyan dan setanggi adalah berasal daripada amalan golongan Hindu di Alam Melayu ketika itu dimana majoriti masyarakat di Nusantara adalah beragama Hindu sebelum kedatangan Islam ke Melaka.


Menurut catatan sejarah, masyarakat Melayu Nusantara mempunyai hubung kait dengan budaya Vedic, Brahmin dan agama Ibrahim yang disebarkan ke Benua India sejak beribu-ribu tahun yang lampau. 

Kemenyan Sumatera

Berikutan tersebarnya penggunaan kemenyan di Alam Melayu oleh para pedagang dari Benua Arab dan India, masyarakat Melayu mula mengenali dan mempelajari budaya mengasap kemenyan. Lama kelamaan, budaya ini diterima pakai sebagai salah satu budaya Melayau dimana setiap rumah

Kemenyan Oman

Kemenyan juga akan diasapkan atau dibakar untuk upacara-upacara tertentu seperti sewaktu pertabalan Raja Melaka, gering dan kenduri kendara. Bau asap kemenyan dikatakan mampu memberikan kelegaan untuk kesakitan yang ditanggung kerana terdapat sejenis bahan yang mampu menahan sakit akan dikeluarkan melalai asap kemenyan.


Kini, masyarakat Melayu Melaka tidak lagi mengamalakan budaya mengasap kemenyan kerana menganggap ianya tidak memberi sebarang faedah. Namun tinggalan dupa atau bekas kemenyan antik menjadi tanda betapa pentingnya budaya mengasap kemenyan suatu ketika dahulu yang menjadi lambang kekeuatan spiritual mereka.

Kemenyan Putih

Kedatangan Islam ke Melaka turut mengubah cara hidup dan budaya masyarakat Melayu Melaka namun budaya ini sebenarnya bergantung kepada niat si pembuatnya. Para pedagang Arab turut membawa budaya mengasap kemenyan namun tidak disertai apa-apa niat seperti mahu mendamping jin, syaitan mahupun makhluk-makhluk halus untuk tujuan yang menyalahi syarak namun hanya bertujuan untuk memeberikan aroma serta wangi-wangian di dalam istana mahupun rumah.

Saturday, November 06, 2010

Busana Tradisi: Busana dan Aksesori Diraja


Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana mengandungi unsur tradisi dan terdapat pengaruh dari pakaian Portugis, China, India dan lain-lain Kepulauan Melayu Nusantara. Pakaian Baba Nyonya berunsurkan asimilasi budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan sejarah Puteri Hang Li Po. 


Pakaian masyarakat Chitty pula berunsurkan asimilasi masyarakat Melayu dan India. Jika diperhatikan, terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana tradisi Melaka yang tidak mungkin terdapat pada busana-busana lain. Kaum Chitty, Baba Nyonya dan Melayu Melaka terkenal dengan pemakaian Kebaya bersulam manakala masyarakat Portugis masih menggunakan pakaian tradisi mereka sehingga kini. 


Busana diraja Melaka seperti sudah tenggelam di arus zaman bersama-sama era kegemilangan Kesultanan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka masih menjaga adat budaya, kesan peninggalan dan warisan busana diraja masih dapat dilihat sehingga kini.

Jom kita mengenali busana dan aksesori tradisi diraja Zaman Kesultanan Melaka:

Busana Diraja
Busana Diraja Melaka

Busana Diraja: Bangsawan Tun Fatimah Srikandi Melaka

Menurut Sejarah Melayu, pakaian Sultan-sultan Melaka adalah berasaskan warna putih dan kuning keemasan seperti songket, tenun, broked dan lain-lain. Payung yang digunakan oleh sultan-sultan Melaka berwarna putih manakala payung yang menaungi permaisuri, anak-anak raja dan gundik pula berwarna kuning keemaasan. 


Corak busana diraja terdiri daripada motif tampuk manggis, pucuk rebung, bunga penuh, bunga tabur, corak jalur, siku keluang dan tapak catur. Manakala pakaian permaisuri, para gundik, putera dan puteri pula berasakan warna kuning keemasan, merah dan jingga yang melambangkan ketinggian status pemakainya. 

Kebiasaanya, busana yang dipakai adalah baju teluk belanga, baju kurung, kebaya, kebaya labuh dilengkapi dengan kelengkapan aksesori lain seperti kain sampin, kain sarung, setanjak atau tengkolok, kain kelubung, sanggul lintang, pending, dokoh, pontoh (gelang yang dipakai di luar baju pada kedua-dua lengan), gelang kaki, cincin, gelinyah (subang) dan lain-lain.

Fabrik atau Kain

Kerana kepesatan perdagangan di antara Melaka dan negera-negara seperti China, India, Maluku, Jawa, Pattani, Siak, Inderagiri, Champa dan sebgainya, pelbagai jenis fabrik dan kain dari serta pelusuk Nusantara dan benua terhimpun di pelabuhan Melaka. Kain-kain sutera China dan sutera polos India menjadi kegemaran golongan bangsawan manakala kain tenun dan batik menjadi pakaian basahan. Pakaian songket dan tenun dijadikan pakaian rasmi istana dan hari-hari kebesaran diraja.

Songket putih

Songket benang emas

Songket sutera

Broked benang perak

Broked tenun

Pontoh

Pontoh adalah merupakan salah satu regalia atau aksesori rasmi bagi melambbangkan kedaulatan golongan diraja Melaka ketika itu. Pontoh diperbuat daripada emas tulen dengan motif naga adalah untuk Sultan manakala pontoh bermotif bunga-bungaan dan awan larat dipakai oleh permaisuri, gundik dan puteri-puteri. Sememangnya penggunaan pontoh adalah berasal daripada Kesultanan Melaka dan menjadi ikutan oleh kerabat-kerabat yang lain. Kini pontoh sudah tidak dipakai oleh sultan di Malaysia. 

Pontoh dipakai dikedua-dua belah lengan iaitu disarungkan pada luar baju. Pontoh Melayu Melaka tidak sama dengan pontoh Jawa atau Sumatera kerana masing-masing mempunyai ciri-ciri berbeza.

Pontoh (gelang yang dipakai di luar baju pada kedua-dua lengan)

Pending

Selain pontoh emas, pending atau kepala tali pinggang menjadi aksesori yang melambangkan darjat golongna diraja. Pending kebiasaannya diperbuat daripada emas, perak mahupun tembaga yang dihiasi dengan batu-batu permata beraneka warna. Pending bagi lelaki dipakai diluar sampin manakala pending wanita pula lebih kecil dan dipakai diluar baju kebaya labuh atau untuk mengikat sarung tenun.

Pending (kepala tali pinggang)

Dokoh

Dokoh diraja diperbuat daripada emas dan sekurang-kurangnya mempunyai 3 tingkat. Dokoh diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan hanya golongan diraja layak memakainya. Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai atau mencipta dokoh kerana dokoh adalah lambang golongan diraja ketika itu.

Dokoh (seperti rantai leher)

Kain Kelubung

Kain kelubung bukan sahaja dipakai oleh golongan diraja tetapi turut dipakai oleh rakyat biasa. Namun bagi golongna diraja, mereka memakai kelubung sutera dan songket serta fabrik lain dari China dan India manakala rakyat biasa menggunakan kelubung dari kain biasa dan batik. Kelubung digunakan untuk menutup kepala sekiranya keluar dari istana. Wanita istana dimestikan berkelubung sekiranya  hendak keluar mahupun pada hari-hari perkabungan.

Kain kelubung broket (atas) dan kain kelubung songket (bawah) dipakai oleh Sofia Jane memegang watak Permaisuri Tun Teja dalam filem Puteri Gunung Ledang (PGL)


Kain kelubung kasa dipakai Seniwati Zaiton sebagai Tun Teja dalam filem Hang Tuah

Kain kelubung tenun dengan kebaya labuh Melayu

Setanjak atau Tengkolok

Setanjak atau tengkolok dipakai oleh Sultan, putera dan golongan bangsawan serta rakyat ketika itu namun berbeza-beza mengikut darjat masing-masing. Antara- jenis-jenis tengkolok atau setanjak yang terdapat semasa Zaman Kesultana Melaka adalah Dendam Tak Sudah, Belalai Gajah, Setanjak Balung Raja, Sarang Kerengga, Sekelungsung Bunga, Ketam Budu, Kacang Dua Helai Daun, Solok Timba, Mumbang Belah Dua, Sekolongsang Bunga, Cogan Daun Kopi, Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pucuk Pisang, Buana, Sering, Getam Pekasam, Anak Gajah Menyusu, Pari Mudek, Lang Menyusur/Menyonsong Angin dan Lang Melayang.

Pada zaman Kesultanan Melaka, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain tersebut lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444).


Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Setanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.

Setanjak, sampin dan keris

Sampin dan Sarung

Sampin dipakai oleh golongan diraja, bangsawan mahupun rakyat biasa. Namun berbeza-beza mengikut darjat dan lipatan serta kain yang digunakan. Sampin diraja lebih cantik dengan penggunaan sutera mahupun tenun manakala rakyat biasa memakai kain biasa. Sultan berhak mengurniakan sampin dan persalinan lain bagi sesiapa sahaja yang dikehendakinya manakala rakyat tidak boleh memakai sampin berwarna kuning. Sarung dipakai oleh lelaki dan wanita. Mereka menggunakan pending bagi mengikat sarung.
  

Sampin

Ukiran Laksamana Hang Tuah bersampin

Motif setanjak zaman dahulu kala terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Motif berteraskan tumbuh-tumbuhan jelas pada nama beberapa tanjak seperti Mumbang Belah Dua, Sekelongsong Bungadan Cogan Daun Kopi. Pengaruh haiwan pula terpancar pada nama-nama seperti Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pari Mudek, Lang Menyongsong Angin dan Lang Melayang.

balong-ayam
Setanjak Balung Ayam

lang-menyonsong-angin
Lang Menyongsong Angin

patah-kepak
Ayam Patah Kepak

Cara mengikat setanjak pula bergantung kepada kedudukan orang yang memakainya. Semakin tinggi statusnya, semakin indah dan rumit serta lebih banyak lipatan kain pada setanjak itu.

Jika untuk dipakai oleh golongan diraja, penghujung tanjak pasti dibuat lebih tinggi dan tajam, iaitu melambangkan darjat dan kuasanya. Jika laksamana dan hulubalang, ikatannya lebih kemas dan duduk tegap mencerminkan kegagahan si pemakainya.

Susunan dan kaedah lipatan setanjak adalah mengikut tertib yang teratur dan unik seperti Langkah bermula, Risik melangkah, Risik bertemu, Cincin dikembang, Lambai kasih, Kasih berjawab, Kasih bermula, Bertemu kasih, Gelombang kasih dan Lambaian kasih.

Gelang kaki

Gelang kaki emas dan perak pula diapakai oleh wanita diraja. Diperbuat daripada emas dengan pelbagai motif. Gelang kaki melambangkan status pemakainya dan telah dicipta dengan pengunci bagi memudahkan untuk dipakai dan ditanggalkan.

Gelang kaki

Gancu (kunci) gelang kaki

Cucuk Sanggul

Cucuk sanggul dipakai untuk menyanggul rambut. Wanita istana seperti permaisuri, gundik dan para puteri tidak dibenarkan memotong rambut sehingga pendek.  Maka tidak hairanlah sekiranya cucuk sanggul menjadi aksesori utama mereka. Cucuk sanggul golongan diraja diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dengan motif flora yang indah dan pelbagai. 

Selain digunakan sebagai perhiasan dan menyanggul rambut, cucuk sanggul turut digunakan sebagai senjata bagi kaum wanita di istana sebagai alat mempertahankan diri dari serangan musuh. Cucuk sanggul yang digunakan oleh inang dan dayang istana ialah sanggul sudu yang ringkas dan ringan manakala sanggul golongan bangsawan dan keluarga diraja pula dikenali sebagai sanggul larat dan sanggul lintang yang lebih cantik.

Cucuk sanggul

Sanggul Sudu

Koleksi cucuk sanggul dan perhiasan kepala diraja Melaka yang dipamerkan di Muzium Budaya (Istana Kesultanan Melaka)

Sanggul Lintang

Sanggul Lintang dan dokoh merupakan aksesori pelengkap bagi Permaisuri, gundik-gundik dan puteri-puteri diraja. Sanggul lintang menjadi sebahagian daripada kelengkapan rasmi dan dipakai sewaktu keraian dan hari-hari kebesaran negeri. Sanggul lintang diperbuat daripada emas dan perak yang bertatahkan batu-batu permata dan berlian serta boleh mencapai berat sehingga lebih 5kg!

Sanggul Lintang dan Sibar Layang (berwarna merah)

Sibar Layang kuning

Ilutrasi Tun Kudu bersanggul lintang

Sibar Layang

Sibar layang (gambar atas) adalah merupakan sebahagian daripada pakaian wanita diraja. Sibar layang berperanan sebagai penutup dada dan pengalas dokoh. Sibar layang diraja kebiasaanya diperbuat daripada sutera dan tenun berwarna emas dan jingga dengan sulaman dan perhiasan yang menarik. 

Baju Sikap atau Sikap Layang

Baju Sikap atau Sikap Layang pula dipakai oleh golongan lelaki diraja mahupun bangsawan. Baju Sikap menyerupai jaket dan kot pada zaman sekarang dan dipakai pada luar baju kurung (baju melayu) kerana kebiasaanya anak baju tidak berlengan. Baju Sikap digunakan untuk menutup lengan dan lebih segak jika dipakai. Baju Sikap diraja lebih indah dan disulami benang emas.

Baju Sikap

Selendang dan Sibai (Anak Bahu)

Selendang dan Anak Bahu dipakai sebagai aksesori. Anak Bahu merupakan selendang kecil yang dipakai di atas bahu oleh bangsawan dan wanita-wanita istana serta mak inang (pengasuh) diraja.

Selendang

Sibai (bahu wanita)