Thursday, October 21, 2010

Berita: Pelancaran Monorel Melaka Pada 20.10.2010

Buat pertama kalinya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melancarkan sistem monorel pelancongan pertama di Malaysia semalam. Monorel Melaka berfungsi sebagai satu sistem pengangkutan bagi pelancong di sepanjang Sungai Melaka dan dibina khas bagi tujuan persiaran. 


Monorel berkenaan baru sahaja selesai pembinaan fasa 1 yang menelan belanja sebanyak RM15 juta meliputi perjalanan sejauh 1.6 kilometer bermula dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya. Fasa 2 pembangunan akan dijalankan pada awal tahun depan.


Tidak seperti projek Aerorail yang lebih menjurus kepada pengangkutan awam, Monorel Melaka mensasarkan pelancong sebagai pengguna utama yang inginkan kelainan. Bayaran tiket sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Monorel Melaka beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.