Tuesday, October 19, 2010

Berita: Projek Gerbang Selatan di Sungai Rambai

Projek Gerbang Selatan akan dibangunkan di Sungai Rambai, Melaka


Jasin- Projek Gerbang Selatan dengan kos RM293 juta akan dibangunkan di kawasan Sungai Rambai, Jasin Melaka.
Tiga syarikat pemaju diberi surat tawaran untuk membangunkan projek itu.
Projek tersebut termasuk pembangunan di Bandar Baru Sungai Rambai, kawasan industri dan pangsapuri mampu milik. 


APFT Properties Sdn. Bhd. akan membangunkan Projek Apartment Mampu Milik, Teobros Development Sdn. Bhd. untuk Projek Bandar Baru Sungai Rambai dan Syarikat Cooridor Development Corporation Bhd untuk Projek Kawasan Perindustrian Bercampur dan Pembangunan Semula Pekan Sungai Rambai.


Menurut ADUN Sungai Rambai, Hasan Abdul Rahman pembangunan di kawasan Daerah Jasin ini adalah selaras dengan hasrat mencapai status Melaka Maju pada Oktober ini. 


Beliau yang menyerahkan surat Perlantikan Kontraktor Projek Gerbang Selatan berkata, kesan pembangunan akan membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
Projek ini dijangka siap sebelum 2014.


Sungai Rambai, gerbang selatan

Agrotourism, penyumbang ekonomi utama penduduk Sungai Rambai