Tuesday, October 19, 2010

History: Melekek

Mukim Melekek terletak di dalam daerah Alor Gajah. Di Dalam mukim Melekek terbahagi kepada 2 iaitu Melekek Luar dan Melekek Dalam. Di dalam Kampung Melekek Luar terdapat 5 buah kampung kecil iaitu Kampung Semelenggang, Kampung Tengah, Kampung Padang, Kampung Tanjung Balai dan Kampung Batang Melekek . Kesemua kampung kecil ini dirangkumkan menjadi satu kampung yang dinamakan Kampung Melekek Luar.


Kampung ini merupakan salah satu daripada 11 buah kampung tradisional dalam DUN Taboh Naning, Daerah Alor Gajah. Kampung ini mendapat nama mengikut cerita lisan sejak dahulu kala nama asal Melekek adalah berikutan penemuan sebatang pokok yang melekat (Dalam istilah dialek setempat dipanggil "Molokek").


Kampung ini juga mengandungi 5 buah solok yang menjadi komponen iaitu Kg. Tanjung Balai, Kg. Tengah, Kg. Batang Melekek, Kg. Padang dan Kg. Semelenggang. Keluasan kampung ini adalah 800 ekar dengan majoriti penduduknya seramai 1173 orang yang mana 99% terdiri daripada masyarakat Melayu manakala 1% lagi adalah masyarakat India.