Tuesday, October 19, 2010

Info: Kampung Buku Melaka

Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.


Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikena
li sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.


Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.