Monday, October 18, 2010

Info: Kesidang

Kesidang merupakan bunga rasmi bagi Negeri Melaka. Kesidang atau dikenali juga dengan nama botaninya vallaris glabra, serta dikenali dikalangan masyarakat tempatan dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. 


Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. 


Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.


Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu.


Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.


Kesidang juga merupakan nama sebuah DUN di Bachang, Melaka.