Monday, October 18, 2010

Info: Zoo Melaka

Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi zoo kedua terbesar di negara ini. Zoo yang terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.


Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Info Pelawat
Aktiviti : 


• Pertunjukan pelbagai binatang o Sesi fotografi bersama binatang selepas pertunjukan(orang utan, burung dan ular)

• Pertunjukan gajah o Sesi fotografi bersama gajah selepas pertunjukan o Memberi makan kepada gajah

• Menunggang gajah dan kuda o Setiap hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah
• Perkhidmatan Tram

Waktu Lawatan:
Zoo Siang
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Hari : Isnin - Jumaat
Zoo Malam
Masa : 8.00 mlm- 10.00 malam
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Am