Monday, October 18, 2010

Menarik: Melaka Water Taxi

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=100556


MELAKA 30 Sept. - Sungai Melaka terus menjadi tarikan orang ramai termasuk pelancong apabila sebuah lagi pengangkutan awam dikenali teksi air mula beroperasi hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam berkata, teksi air akan dijadikan sebagai sistem pengangkutan awam dalam usaha mengatasi kesesakan jalan raya di Banda Hilir yang sering berlaku pada cuti umum dan hujung minggu.

Menurut beliau, mengikut peran cangan, teksi itu akan beroperasi sepenuhnya tahun depan bermula dari Melaka Sentral melalui Taman Rempah hingga ke muara sungai yang terletak di Banda Hilir.

Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan ke Pulau Upeh, Perkampungan Portugis dan Pulau Besar.

''Sebagai permulaan dan percubaan sebuah teksi air digunakan untuk laluan dari Taman Rempah hingga ke muara sungai di Banda Hilir.

''Laluan ke Pulau Upeh, Pulau Besar dan Perkampungan Portugis akan diuji dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat keupayaan bot yang digunakan termasuk tempoh dan kadar bayaran yang akan dikenakan," katanya

Mohd. Ali berkata demikian ke pada pemberita selepas melancarkan teksi air di Taman Rempah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid.

Teksi air yang beroperasi di Sungai Melaka dimiliki oleh PPSPM yang turut mengendalikan perkhidmatan Bot Melaka River Cruise yang di perkenalkan Jun 2005.

Teksi air dibeli dari Syarikat Waterwave Manchester di London bernilai RM280,000 boleh memuatkan 16 penumpang pada satu-satu masa.

Menggunakan dua enjin jenis Honda V Tech 2.4, berharga RM99,000 dengan pecutan 300 kuasa kuda, teksi air dapat memendekkan perjalanan daripada 45 minit menaiki Bot Melaka River Cruise kepada 15 minit.

Sebagai permulaan kata Mohd. Ali, PPSPM hanya membeli sebuah bot untuk digunakan sebagai percubaan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, apabila kerja-kerja membaiki jambatan Hang Jebat siap, teksi air akan dapat digunakan bermula dari Melaka Sentral.

''Saya yakin teksi air akan menjadi pengangkutan awam terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara termasuk penduduk di sini untuk pergi ke Banda Hilir tanpa perlu melalui kesesakan pada hujung minggu," katanya.

Secara tidak langsung, katanya, perkhidmatan teksi air akan menjadi nilai tambah kepada produk pelan congan di sepanjang Sungai Melaka.

"Selain menjadi tarikan pelancong, ia akan memudahkan orang ramai bergerak dalam balam bandar Melaka tanpa perlu menaiki teksi ataupun bas.

"Bermula hari ini, ia beroperasi dari Taman Rempah hingga ke Muara Sungai Melaka dan akan diperluas kan perkhidmatan sehingga ke Melaka Sentral termasuk beberapa pulau sekitar Selat Melaka tidak lama lagi," katanya.

Mengenai kadar tambang pula, katanya, buat masa ini PPSPM mengenakan kadar tambang RM10 dari Taman Rempah ke Muara Sungai Melaka.

Bagi perjalanan ke Pulau Upeh, Pulau Besar dan perkampungan Portugis pula, beliau berkata, kadar tambang itu di peringkat kajian oleh PPSPM.

"Kita sedang melihat harga yang sesuai mengikut lokasi yang dituju. Kalau permintaan tinggi, kita akan tambah bilangan bot laju ini yang akan dibeli dari China kerana harganya lebih murah,'' katanya. 

Sementara itu, Pengurus Operasi River Cruise Melaka, Sulaiman Daud berkata, teksi air itu dijangka beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Sebelum ini, katanya, Melaka telah mempunyai 33 buah bot yang digunakan untuk menyusuri Sungai Melaka.

''Ia juga dirancang untuk dijadikan pengangkutan ke sembilan buah pulau di sekitar negeri ini," katanya ketika ditemui di pejabat UMW Toyota, Shah Alam, Selangor, semalam.


PEKHIDMATAN teksi air yang baru diperkenalkan mampu menjadi nilai tambah kepada industri pelancongan kepada negeri Melaka.