Monday, October 18, 2010

Menarik: Pintu Gerbang Melaka


Pintu Gerbang Melaka Bandaraya Bersejarah yang terletak di Lebuh Ayer Keroh mempunyai keunikan tersendiri. Binaan gerbang berkonsepkan bumbung Rumah Melaka dan atap lentik kereta lembu serta tiga pasang menara yang melambangkan senibina masyarakat berbilang kaum di Melaka sangat menarik perhatian dan tumpuan sesiapa sahaja yang merentasinya.