Tuesday, October 19, 2010

Menarik: Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.


Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti 
akan membuatkan anda tidak senang duduk. 


Terdapat juga satu bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Walaupun lebah secara amnya tidak akan mengganggu manusia, pengunjung di nasihatkan supaya berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut. Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. 


Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.