Sunday, October 17, 2010

Tahukah Anda? Nisbah Doktor dan Pesakit di Melaka

Pada tahun 2009, seramai 940 orang doktor di Negeri Melaka bermakna seorang doktor nisbah 818 orang penduduk Negeri Melaka.


Hospital Besar Melaka

Hospital Jasin

Hospital Alor Gajah


Terdapat tiga buah hospital kerajaan yang telah didirikan di sekitar negeri Melaka bagi menampung keperluan perubatan penduduk dan pelawat ke negeri Melaka iaitu Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah.

Hospital Melaka adalah hospital kerajaan yang utama di negeri Melaka yang memberikan perkhidmatan rawatan dan perubatan untuk warga negeri Melaka yang meliputi rawatan dalam bidang kepakaran seperti Rawatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik & Ginekologi, Ortopedik, Pediatrik, Anestesiologi, Unit Rawatan Rapi, Patologi, Pengimejan dan Diagnostik, Dermatologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi (Ear, Nose & Throat), Psikiatri, Pembedahan Mulut dan Rawatan Kecemasan. 

Terdapat sebanyak 87 buah klinik kerajaan yang didirikan di sekitar negeri Melaka yang terbahagi kepada 27 Poliklinik Komuniti dan 60 klinik Desa. Klinik-klinik ini dibina bagi menampung keperluan perubatan penduduk dan pelawat ke negeri Melaka. Jumlah ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan. Lokasi klinik kerajaan adalah sekata di seluruh negeri Melaka baik di kawasan bandar mahu pun luar bandar.