Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana mengandungi unsur tradisi dan terdapat pengaruh dari pakaian Portugis, China, India dan lain-lain Kepulauan Melayu Nusantara. Pakaian Baba Nyonya berunsurkan asimilasi budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan sejarah Puteri Hang Li Po.
Pakaian masyarakat Chitty pula berunsurkan asimilasi masyarakat Melayu dan India. Jika diperhatikan, terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana tradisi Melaka yang tidak mungkin terdapat pada busana-busana lain. Kaum Chitty, Baba Nyonya dan Melayu Melaka terkenal dengan pemakaian Kebaya bersulam manakala masyarakat Portugis masih menggunakan pakaian tradisi mereka sehingga kini.
Busana diraja Melaka seperti sudah tenggelam di arus zaman bersama-sama era kegemilangan Kesultanan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka masih menjaga adat budaya, kesan peninggalan dan warisan busana diraja masih dapat dilihat sehingga kini.
Pakaian masyarakat Chitty pula berunsurkan asimilasi masyarakat Melayu dan India. Jika diperhatikan, terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana tradisi Melaka yang tidak mungkin terdapat pada busana-busana lain. Kaum Chitty, Baba Nyonya dan Melayu Melaka terkenal dengan pemakaian Kebaya bersulam manakala masyarakat Portugis masih menggunakan pakaian tradisi mereka sehingga kini.
Busana diraja Melaka seperti sudah tenggelam di arus zaman bersama-sama era kegemilangan Kesultanan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka masih menjaga adat budaya, kesan peninggalan dan warisan busana diraja masih dapat dilihat sehingga kini.
Jom kita mengenali busana dan aksesori tradisi diraja Zaman Kesultanan Melaka:
Busana Diraja
Menurut Sejarah Melayu, pakaian Sultan-sultan Melaka adalah berasaskan warna putih dan kuning keemasan seperti songket, tenun, broked dan lain-lain. Payung yang digunakan oleh sultan-sultan Melaka berwarna putih manakala payung yang menaungi permaisuri, anak-anak raja dan gundik pula berwarna kuning keemaasan.
Corak busana diraja terdiri daripada motif tampuk manggis, pucuk rebung, bunga penuh, bunga tabur, corak jalur, siku keluang dan tapak catur. Manakala pakaian permaisuri, para gundik, putera dan puteri pula berasakan warna kuning keemasan, merah dan jingga yang melambangkan ketinggian status pemakainya.
Corak busana diraja terdiri daripada motif tampuk manggis, pucuk rebung, bunga penuh, bunga tabur, corak jalur, siku keluang dan tapak catur. Manakala pakaian permaisuri, para gundik, putera dan puteri pula berasakan warna kuning keemasan, merah dan jingga yang melambangkan ketinggian status pemakainya.
Kebiasaanya, busana yang dipakai adalah baju teluk belanga, baju kurung, kebaya, kebaya labuh dilengkapi dengan kelengkapan aksesori lain seperti kain sampin, kain sarung, setanjak atau tengkolok, kain kelubung, sanggul lintang, pending, dokoh, pontoh (gelang yang dipakai di luar baju pada kedua-dua lengan), gelang kaki, cincin, gelinyah (subang) dan lain-lain.
Fabrik atau Kain
Kerana kepesatan perdagangan di antara Melaka dan negera-negara seperti China, India, Maluku, Jawa, Pattani, Siak, Inderagiri, Champa dan sebgainya, pelbagai jenis fabrik dan kain dari serta pelusuk Nusantara dan benua terhimpun di pelabuhan Melaka. Kain-kain sutera China dan sutera polos India menjadi kegemaran golongan bangsawan manakala kain tenun dan batik menjadi pakaian basahan. Pakaian songket dan tenun dijadikan pakaian rasmi istana dan hari-hari kebesaran diraja.
Songket putih
Songket benang emas
Songket sutera
Broked benang perak
Broked tenun
Pontoh
Pontoh adalah merupakan salah satu regalia atau aksesori rasmi bagi melambbangkan kedaulatan golongan diraja Melaka ketika itu. Pontoh diperbuat daripada emas tulen dengan motif naga adalah untuk Sultan manakala pontoh bermotif bunga-bungaan dan awan larat dipakai oleh permaisuri, gundik dan puteri-puteri. Sememangnya penggunaan pontoh adalah berasal daripada Kesultanan Melaka dan menjadi ikutan oleh kerabat-kerabat yang lain. Kini pontoh sudah tidak dipakai oleh sultan di Malaysia.
Pontoh dipakai dikedua-dua belah lengan iaitu disarungkan pada luar baju. Pontoh Melayu Melaka tidak sama dengan pontoh Jawa atau Sumatera kerana masing-masing mempunyai ciri-ciri berbeza.
Pontoh (gelang yang dipakai di luar baju pada kedua-dua lengan)
Pending
Selain pontoh emas, pending atau kepala tali pinggang menjadi aksesori yang melambangkan darjat golongna diraja. Pending kebiasaannya diperbuat daripada emas, perak mahupun tembaga yang dihiasi dengan batu-batu permata beraneka warna. Pending bagi lelaki dipakai diluar sampin manakala pending wanita pula lebih kecil dan dipakai diluar baju kebaya labuh atau untuk mengikat sarung tenun.
Pending (kepala tali pinggang)
Dokoh
Dokoh diraja diperbuat daripada emas dan sekurang-kurangnya mempunyai 3 tingkat. Dokoh diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan hanya golongan diraja layak memakainya. Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai atau mencipta dokoh kerana dokoh adalah lambang golongan diraja ketika itu.
Dokoh (seperti rantai leher)
Kain Kelubung
Kain kelubung bukan sahaja dipakai oleh golongan diraja tetapi turut dipakai oleh rakyat biasa. Namun bagi golongna diraja, mereka memakai kelubung sutera dan songket serta fabrik lain dari China dan India manakala rakyat biasa menggunakan kelubung dari kain biasa dan batik. Kelubung digunakan untuk menutup kepala sekiranya keluar dari istana. Wanita istana dimestikan berkelubung sekiranya hendak keluar mahupun pada hari-hari perkabungan.
Kain kelubung broket (atas) dan kain kelubung songket (bawah) dipakai oleh Sofia Jane memegang watak Permaisuri Tun Teja dalam filem Puteri Gunung Ledang (PGL)
Kain kelubung kasa dipakai Seniwati Zaiton sebagai Tun Teja dalam filem Hang Tuah
Kain kelubung tenun dengan kebaya labuh Melayu
Setanjak atau Tengkolok
Setanjak atau tengkolok dipakai oleh Sultan, putera dan golongan bangsawan serta rakyat ketika itu namun berbeza-beza mengikut darjat masing-masing. Antara- jenis-jenis tengkolok atau setanjak yang terdapat semasa Zaman Kesultana Melaka adalah Dendam Tak Sudah, Belalai Gajah, Setanjak Balung Raja, Sarang Kerengga, Sekelungsung Bunga, Ketam Budu, Kacang Dua Helai Daun, Solok Timba, Mumbang Belah Dua, Sekolongsang Bunga, Cogan Daun Kopi, Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pucuk Pisang, Buana, Sering, Getam Pekasam, Anak Gajah Menyusu, Pari Mudek, Lang Menyusur/Menyonsong Angin dan Lang Melayang.
Pada zaman Kesultanan Melaka, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain tersebut lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444).
Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Setanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.
Setanjak, sampin dan keris
Sampin dan Sarung
Sampin dipakai oleh golongan diraja, bangsawan mahupun rakyat biasa. Namun berbeza-beza mengikut darjat dan lipatan serta kain yang digunakan. Sampin diraja lebih cantik dengan penggunaan sutera mahupun tenun manakala rakyat biasa memakai kain biasa. Sultan berhak mengurniakan sampin dan persalinan lain bagi sesiapa sahaja yang dikehendakinya manakala rakyat tidak boleh memakai sampin berwarna kuning. Sarung dipakai oleh lelaki dan wanita. Mereka menggunakan pending bagi mengikat sarung.
Sampin
Ukiran Laksamana Hang Tuah bersampin
Motif setanjak zaman dahulu kala terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Motif berteraskan tumbuh-tumbuhan jelas pada nama beberapa tanjak seperti Mumbang Belah Dua, Sekelongsong Bungadan Cogan Daun Kopi. Pengaruh haiwan pula terpancar pada nama-nama seperti Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pari Mudek, Lang Menyongsong Angin dan Lang Melayang.
Setanjak Balung Ayam
Lang Menyongsong Angin
Ayam Patah Kepak
Cara mengikat setanjak pula bergantung kepada kedudukan orang yang memakainya. Semakin tinggi statusnya, semakin indah dan rumit serta lebih banyak lipatan kain pada setanjak itu.
Jika untuk dipakai oleh golongan diraja, penghujung tanjak pasti dibuat lebih tinggi dan tajam, iaitu melambangkan darjat dan kuasanya. Jika laksamana dan hulubalang, ikatannya lebih kemas dan duduk tegap mencerminkan kegagahan si pemakainya.
Susunan dan kaedah lipatan setanjak adalah mengikut tertib yang teratur dan unik seperti Langkah bermula, Risik melangkah, Risik bertemu, Cincin dikembang, Lambai kasih, Kasih berjawab, Kasih bermula, Bertemu kasih, Gelombang kasih dan Lambaian kasih.
Gelang kaki
Gelang kaki emas dan perak pula diapakai oleh wanita diraja. Diperbuat daripada emas dengan pelbagai motif. Gelang kaki melambangkan status pemakainya dan telah dicipta dengan pengunci bagi memudahkan untuk dipakai dan ditanggalkan.
Gelang kaki
Gancu (kunci) gelang kaki
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul dipakai untuk menyanggul rambut. Wanita istana seperti permaisuri, gundik dan para puteri tidak dibenarkan memotong rambut sehingga pendek. Maka tidak hairanlah sekiranya cucuk sanggul menjadi aksesori utama mereka. Cucuk sanggul golongan diraja diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dengan motif flora yang indah dan pelbagai.
Selain digunakan sebagai perhiasan dan menyanggul rambut, cucuk sanggul turut digunakan sebagai senjata bagi kaum wanita di istana sebagai alat mempertahankan diri dari serangan musuh. Cucuk sanggul yang digunakan oleh inang dan dayang istana ialah sanggul sudu yang ringkas dan ringan manakala sanggul golongan bangsawan dan keluarga diraja pula dikenali sebagai sanggul larat dan sanggul lintang yang lebih cantik.
Cucuk sanggul
Sanggul Sudu
Koleksi cucuk sanggul dan perhiasan kepala diraja Melaka yang dipamerkan di Muzium Budaya (Istana Kesultanan Melaka)
Sanggul Lintang
Sanggul Lintang dan dokoh merupakan aksesori pelengkap bagi Permaisuri, gundik-gundik dan puteri-puteri diraja. Sanggul lintang menjadi sebahagian daripada kelengkapan rasmi dan dipakai sewaktu keraian dan hari-hari kebesaran negeri. Sanggul lintang diperbuat daripada emas dan perak yang bertatahkan batu-batu permata dan berlian serta boleh mencapai berat sehingga lebih 5kg!
Sanggul Lintang dan Sibar Layang (berwarna merah)
Sibar Layang kuning
Ilutrasi Tun Kudu bersanggul lintang
Sibar Layang
Sibar layang (gambar atas) adalah merupakan sebahagian daripada pakaian wanita diraja. Sibar layang berperanan sebagai penutup dada dan pengalas dokoh. Sibar layang diraja kebiasaanya diperbuat daripada sutera dan tenun berwarna emas dan jingga dengan sulaman dan perhiasan yang menarik.
Baju Sikap atau Sikap Layang
Baju Sikap atau Sikap Layang pula dipakai oleh golongan lelaki diraja mahupun bangsawan. Baju Sikap menyerupai jaket dan kot pada zaman sekarang dan dipakai pada luar baju kurung (baju melayu) kerana kebiasaanya anak baju tidak berlengan. Baju Sikap digunakan untuk menutup lengan dan lebih segak jika dipakai. Baju Sikap diraja lebih indah dan disulami benang emas.
Baju Sikap
Selendang dan Sibai (Anak Bahu)
Selendang dan Anak Bahu dipakai sebagai aksesori. Anak Bahu merupakan selendang kecil yang dipakai di atas bahu oleh bangsawan dan wanita-wanita istana serta mak inang (pengasuh) diraja.
Selendang
Sibai (bahu wanita)