Saturday, November 27, 2010

Busana Tradisi: Busana Masyarakat Baba dan Nyonya Melaka


Busana Baba Nyonya Melaka sangat unik dan indah. Busana kaum minoriti ini telah berasimilasi antara kebudayaan tulen masyarakat Cina seawal zaman dinasti Ming dengan kebudayaan masyarakat era Kesultanan Melayu Melaka. Busana Baba Nyonya Melaka agak serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana terdiri daripada baju kebaya, sarung batik serta kerongsang berangkai. Penggunaan material yang hampir sama, coarak serta bentuk busana mereka dengan bangsa Melayu tidak jauh beza namun terdapat ciri-ciri yang unik dan mencerminkan identiti mereka

Kasut Manek adalah merupakan khazanah tidak ternilai golongan Baba Nyonya Melaka. Kasut Manek buatan tangan memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan daripada jalinan manik-manik kaca yang bersegi-segi halus pada kain terpal. Asalnya manik-manik yang digunakan untuk menghiasi Kasut Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental.

Corak dan motif pada Kasut Manek Baba Nyonya Melaka kebanyakannya terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan mereka. Semenjak tahun 1930-an, Kasut Manek telah mengalami revolusi dan diberi nafas baru dengan rekaan yang lebih moden dan ringkas serta ditambah tumit.


Kasut Manek tradisional bermotif flora


Kasut Manek moden

Pembuatan Kasut Manek yang rumit


Kebanyakan wanita muda Baba Nyonya Melaka masih lagi memakai kebaya bermotif indah dengan kain sarung berkerongsang rangkai serta dipadankan dengan Kasut Manek yang cantik. Mereka akan bersanggul sama ada sanggul satu atau bersanggul dua dengan cucuk sanggul bermotif flora dan fauna, bergelang kaki, rantai serta gelang tangan. Sanggul dua hanya dibenarkan untuk wanita nyonya yang belum berkahwin sahaja.

Golongna lelaki muda Baba biasanya mengenakan baju dan kot serta berkasut kulit. Pada hari keraian mereka mengenakan samfoo dan kasut serta topi.




Beberapa gambar kebaya dari kebayas.com

Gambar daripada Drama Bersiri Singapura, Little Nyonya

Kebaya denagan motif burung cenderawasih

Gadis Nyonya bersanggul dua

Kerongsang berangkai


Manakala untuk golongan wanita Baba Nyonya yang telah berusia (lebih dikenali dengan gelaran bibik), mereka akan mengenakan kebaya panjang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada (baju panjang atau dipanggil kebaya encim. Kebaya panjang tersebut mestilah labuh melebihi bawah lutut, terbuka dibahagian depan seakan-akan kebaya, tidak berpotongan mengikut badan (longgar), berkerongsang rangkai, dipakai diluar anak baju berwarna putih (dipanggil baju kecik), berkain agak jarang seperti kebaya (kasa dan sebagainya), dipadankan dengan sarung batik, bersapu tangan (kadang-kala diselitkan pada kolar baju dan disangkutkan pada bahu dan berkasut sarung tidak bertumit. Kasut mereka bersulam dengan pelabagi motif dan warna yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan usia mereka. Kebanyakan mereka akan mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang agak besar diperbuat daripada emas dan batu-batu seperti permata dan jed.

Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain lebih ringkas pada hari-hari biasa namun masih mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.

Busana Melaka8
Kebaya panjang nyonya

Busana Melaka9

Kasut sarung bersulam dengan motif singa dan flora yang dipakai golongan lelaki Baba

Slamat Pake, dialek Baba Nyonya Melaka turut menghiasi kasut bersulam

Ingin tahu apakah pakaian yang dipakai pengantin Baba Nyonya Melaka? Tunggu. Riqq kena buat research dulu. Hehe.