Pemilihan nama maskot bukanlah bertujuan untuk membangkitkan apa-apa isu sensitif. Sekadar suka-suka dan untuk mengenang tokoh dan kepahlawanan Hang Jebat dan isterinya, Dang Wangi.
Dang Wangi merupakan seorang dayang istana yang telah bercinta dan akhirnya berkahwin dengan Hang Jebat secara senyap-senyap kerana dayang istana tidak dibenarkan berkahwin. Oleh sebab ini, mereka telah dituduh melakukan hubungan sulit dan Sultan Melaka amat murka dengan kedua-dua mereka. Setelah Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi dan keluarganya telah berhijrah ke Temasik dan melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Hang Jebat iaitu Hang Nadim, pahlawan bijak dan gagah yang masyhur dalam sejarah Singapura dilanggar todak.
Hang Jebat adalah merupakan salah seorang laksamana Melaka yang gagah perkasa. Setelah dituduh bermukah dengan Dang Wangi, Hang Jebat mengamuk dan membangkitkan isu kematian Hang Tuah. Beliau ingin mempertahankan temannya Hang Tuah, namun akhirnya mati dibunuh oleh Hang Tuah sendiri. Semangat setiakawan yang kuat dan sikapnya yang berani menentang pemimpin yang zalim patut dicontohi.