Wednesday, November 24, 2010

Sports: Sukan Paralimpiad XV Melaka 2010



Kebiasaannya selepas apa-apa temasya sukan untuk atlet biasa, satu temasya sukan untuk atlet-atlet istimewa pasti dianjurkan di venue yang sama. Begitu juga dengan SUKMA. Setelah selesai SUKMA, Melaka kini menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik Malaysia atau Paralimpiad XV bermula dari 21 - 26 November 2010. Seramai 1,926 orang atlet dan pegawai akan berhimpun dan berjuang dalam acara sukan tersebut yang mewakili 16 kontijen seluruh negara.


Sebanyak 16 acara sukan yang dipertandingkan:

  1. Badminton
  2. Basikal
  3. Boling Padang
  4. Bola Keranjang Kerusi Roda
  5. Catur
  6. Goalball
  7. Futsal
  8. Olahraga
  9. Pentaque
  10. Perahu Layar
  11. Ping Pong
  12. Powerlifting
  13. Renang
  14. Tenis Kerusi Roda
  15. Boccia
  16. Tenping Boling
DAR bersama maskot Paralimpiad XV Melaka 2010, Jantan

Acara lompat jauh di Stadium Hang Jebat

DAR bersama atlet paralimpiad dan pegawai-pegawai sukan

Beberapa gambar kemeriahan Paralimpiad XV Melaka 2010, Sumber: DAR



Jantan, maskot Paralimpiad XV Melaka 2010. Cute kan,Riqq pun nak cipta 1 maskot untuk Sayang Melaka nanti. Tunggu ye!