Monday, December 27, 2010

Event: Malaysia Open House Christmas 2010 Part 2

A Joyous National Christmas Open House at Portuguese Village

MELAKA, 26 DECEMBER, 2010: The 2010 National Christmas Open House at the Portuguese Village, Ujong Pasir here tonight was a joyful occasion and attended by more than 10,000 people.

People from various races, including tourists, began arriving at the village, which is the oldest Portuguese settlement in Malaysia, since 6pm to watch the various performances held at the venue.

Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, accompanied by wife, Toh Puan Zurina Kassim, arrived at the venue at 8.30pm to officiate the event.

He was met on arrival by Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr.Rais Yatim, who then accompanied him to visit several houses to wish the occupants a merry Christmas.

The village was lit with colorful neon lights and buntings to add merriment to the celebration.

This is the second National Christmas Open House held at the village, the previous one in 2008.

Rais, in his speech at the function, said that by having the open house, it could strengthen unity among the people of various races through the spirit of the 1Malaysia concept.

He also announced a RM480,000 allocation from the federal government to repair houses on worship in the Portuguese settlement.

Guests were entertained to various cultural and arts performances, as well as performances by local singers.

The highlight was the Joget 1Malaysia which involved the participation of those present. The event was entered into the Malaysia Book of Records for the most number of dancers in a joget performance.

- Bernama

Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 Disambut Meriah


MELAKA: Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini, malam ini disambut meriah dengan dihadiri lebih 10,000 orang pengunjung.

Orang ramai berbilang kaum dan agama serta pelancong asing mula mengunjungi Perkampungan Portugis yang tertua di Malaysia itu sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada majlis yang bertemakan "Jalinan Kemesraan Pemimpin dan Masyarakat".

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob hadir merasmikan majlis itu yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mohd Khalil yang tiba pukul 8.30 malam kemudiaannya diiringi oleh Mohd Ali dan Dr Rais serta tetamu kehormat lain, mengadakan lawatan Krismas ke beberapa buah rumah penduduk di perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka.

Suasana perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka begitu meriah "bermandikan cahaya" menambahkan keindahan beberapa hiasan cantik untuk menghidupkan sambutan itu seperti pokok krismas, Santa Claus dan Santarina, kotak hadiah, snow man, dan banyak lagi.

Perkampungan seluas 11.2 hektar yang diasaskan pada 1930 dan kini diketuai Peter Thomas Gomes, mempunyai kira-kira 1,200 penduduk berbangsa Portugis yang mendiami 118 buah rumah, dan ini merupakan kali kedua perkampungan itu dipilih sebagai tuan rumah sambutan berkenaan selepas kali pertama pada 2008.

Dr Rais dalam ucapannya pada majlis itu berkata penganjuran majlis rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan rakyat berbilang bangsa dengan semangat Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sentiasa bersama dan mendekati rakyat setiap masa menerusi pelbagai program termasuk melalui pendekatan mesra budaya.

Dr Rais seterusnya mengumumkan peruntukan kerajaan persekutuan RM480,000 kepada Perkampungan Portugis itu bagi membaiki rumah ibadat di kawasan berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan keseniaan termasuk nyanyian oleh artis tempatan.

Acara kemuncak ialah tarian Joget 1Malaysia yang disertai oleh pengunjung yang hadir yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai peserta untuk satu-satu persembahan joget.- BERNAMA



Program Joget Ria cipta rekod

MELAKA: Lebih 2,000 peserta pelbagai kaum di negara ini mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila mengambil bahagian dalam acara Joget Ria anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, dekat sini, malam tadi.

Acara itu yang julung kali diadakan pada sambutan peringkat kebangsaan kali ini turut mendapat perhatian kira-kira 10,000 pengunjung termasuk tetamu jemputan VVIP yang turut diundang menari tarian gabungan masyarakat Melayu, Portugis, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Persembahan itu dimulakan sejurus ucapan Menterinya, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, pada jam 9.00 malam.

Majlis perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama isteri Tun Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Ketua Perkampungan Portugis, Peter Thomas Gomes.

Persembahan MRTM Krismas selama sejam itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis popular tanah air iaitu Stacy dan Iqwal.
Pada akhir majlis, Rais turut menghulurkan sumbangan 26 unit Netbook 1Malaysia kepada penerima selain sumbangan masing-masing RM1,000 kepada lapan individu kerana jasa dan bakti bagi kategori penggiat seni remaja dan veteran.
Perkampungan Portugis yang juga dikenali sebagai Mini Lisbon terletak 5 kilometer (km) dari pusat bandaraya iaitu di Ujong Pasir, Melaka.

Sementara itu, Rais berkata, kerajaan sentiasa menjadikan sambutan perayaan utama rakyat negara ini sebagai majlis yang disambut secara saksama untuk dinikmati semua kaum selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, sambutan yang diraikan dengan pendekatan mesra budaya itu mengangkat enam perayaan utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas sebagai sambutan rakyat Malaysia.

"Ini sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati oleh pemimpin dari semua kaum yang cintakan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

"Konsep utama sambutan rumah terbuka malam ini adalah untuk memastikan kegembiraan rakyat dikongsi bersama dengan pemimpin untuk menimbulkan rasa kemesraan dan hubungan erat,'' katanya ketika berucap pada majlis itu.

Rais berkata, sambutan Hari Natal boleh dijadikan landasan terbaik untuk rakyat majmuk di Malaysia saling mengenali serta memahami lebih rapat adat dan budaya segenap lapisan rakyat sekali gus mengukuhkan toleransi.

“Untuk mencapai hasrat itu, kita harus mendidik anak-anak dengan keseimbangan ilmu agama dan keduniaan selain memupuk mereka dengan kefahaman untuk memahami dan menghormati kepelbagaian budaya dan adat rakyat Malaysia.

"Toleransi ini harus bermula di rumah dan seterusnya berlanjutan ke sekolah, institusi pengajian tinggi sehingga ke alam pekerjaan dan keluarga.
"Generasi inilah yang akan mewarisi benih perpaduan sebenar negara ini pada masa akan datang selaras dengan pemahaman menerusi gagasan 1Malaysia yang kita sedang bina ini," katanya.

Pada majlis itu juga Rais turut mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM480,000 kepada penduduk di Perkampungan Portugis untuk membolehkan perkampungan yang mula bertapak sejak 1930 itu membaiki dan memiliki rumah ibadat yang lebih selesa.

Selain itu, 26 penerima dari perkampungan itu masing-masing diberikan satu unit Netbook 1Malaysia serta sumbangan RM1,000 kepada lapan penggiat budaya bagi kategori remaja dan veteran.

Let's take a look on the event pictures taken from DAR fan page (facebook):

Arrival of DAR and other VVIP and VIP to the Potuguese Settlement




DAR, TYT and other VVIP stop at nearby house for refreshments



Music performance from the Portuguese community


Visiting one of the Portuguse house as a Malaysian Open House tradition 

Heading to the Portuguese Square for the celebration

Malaysia National Anthem; Negaraku



Welcoming dance









Local artist performance


Miss Tourism 2010






TYT launched the Malaysia Open House Christmas 2010