Tuesday, December 07, 2010

Melaka Cuisine: Tapai Ubi Kuah Santan

Pernahkah anda makan pencuci mulut dipanggil tapai? Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai pulut dan tapai ubi. Tapai pulut boleh dimakan begitu sahaja tetapi tapai ubi boleh dimakan dengan cara lain yang istimewa mengikut budaya masyarakat Melaka iaitu dengan kuah santan. Konsepnya sama seperti memakan cendol tetapi isi cendol ditukar dengan tapai. 

Tapai ubi perlu dipilih terlebih dahulu. Hanya yang manis dan tidak magang (rasa bergas dan masam) boleh dimakan bersama kuah santan kerana tapai magang akan menyebabkan rasa kurang selesa ketika dimakan. Penyediaan pencuci mulut yang digemari orang-orang Melaka ini Riqq tunjukkan seperti gambar di bawah:

1. Parut kelapa (sebelah atau sebiji, biasanya sebelah pun dah cukup banyak)


2. Perah santan


3. Masukkan gula Melaka


4. Godak (kacau) hingga sebati 


5. Ambil beberapa bungkus tapai (pilih yang sedap dan tidak magang)


6. Masukkan dalam kuah santan tadi


7. Boleh disejukkan atau masukkan sdikit ais


8. Makan. Sedapnya!

Jadi, bagi anda yang belum pernah mencuba cara orang Melaka makan tapai ubi, cubalah hari ini. Pastikan anda menggunakan gula Melaka asli sahaja. Jika menggunakan gula tebu, kuah akan berasa masam. Pencuci mulut sebegini sesuai dimakan selepas makan tengahari semasa cuaca panas terik.