Pulut inti
Pulut inti adalah merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat berbangsa Melayu dan Jawa di Melaka. Seperti juga pulut kunyit, pulut inti akan dimasak dan dihidangkan bukan pada hari-hari tertentu seperti hari kelahiran, ulangtahun perkahwinan, majlis khatam al-Quran, kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.
Pulut ini dimakan bersama inti kelapa yang manis dan lemak
Pulut inti boleh dibuat sama ada berwarna (kuning) mahupun tanpa warna (putih) dan dimakan bersama inti yang diperbuat daripada kelapa dan gula Melaka maka pulut ini dipanggil pulut inti. Pulut inti tidak dimakan pada hari-hari biasa sebaliknya menjadi suatu hidangan istimewa untuk para tetamu di majlis-majlis tertentu.
Pulut inti dibungkus atau dihidangkan dengan beralaskan daun pisang
Kebiasaannya di Melaka, pulut inti akan dihidangkan di dalam bungkusan daun pisang seperti kuih koci, nasi lemak dan nasi ambeng. Kadangkala, terdapat juga yang menghidangkan pulut inti di dalam sebuah dulang sederhana beralaskan daun pisang dan diletakkan inti ditengah-tengahnya. Para tetamu akan menjamah pulut inti seperti nasi ambeng.
Pulut inti untuk majlis khatam al-Quran anak saudara
Untuk membuat pulut inti, pulut mestilah ditanak dengan cara yang betul supaya tidak mentah atau jelantah kerana pulut yang mentah akan berasa keras dan menyebabkan sesiapa yang memakannya akan berasa sakit perut. Bagi anda yang ingin mempelajari cara-cara membuat pulut inti, Riqq ada resepinya. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan pulut inti:
Bahan-Bahan:
Pulut:
Beras pulut (direndam 1 malam atau 6 jam)
Santan pekat
1 helai daun pandan
Pewarna kuning
Sedikit garam
Inti:
1 biji kelapa diparut
Gula Melaka
30 g gula pasir
1 helai daun padan
6. Setelah pulut masak, bungkus sesenduk pulut dan 3 sudu inti menggunakan daun pisang. Siap untuk dihidangkan.
Takkan tengok dan baca saja? Cubalah resepi ini untuk majlis anda!
Cara-cara:
Inti:
1. Masak kelapa parut dicampur dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga sebati, letakkan sedikit air. Masukkan daun pandan.
2. Kacau sebati sehingga inti menjadi kering dan sekata.
Nampak sedap!
Pulut:
1. Sediakan pengukus: Masak air anggaran 1/2 periuk pengukus.
2. Sediakan pulut: Basuh pulut yang direndam & tuskan. Masukkan pulut ke dalam dulang pengukus & kukus selama 10 minit.
3. Masukkan santan, pewarna kuning & daun pandan yang disimpul ke dalam pulut serta kacau sehingga rata.
4. Kukus lagi pulut hingga masak betul selama 20-25 minit. Tambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak.
5. Sediakan daun pisang: Layukan daun pisang untuk melembutkannya, basuh & keringkan.