Tuesday, February 08, 2011

Melaka Cuisine: Pencuk


Pencuk adalah merupakan sejenis lauk yang diperbuat daripada nenas,bawang merah, timun, lada merah dan hijau serta perahan air asam jawa. Masakan ini tidak perlu dimasak sebaliknya hanya perlu digaulkan. 


Di Melaka, pencuk kebiasaannya akan dibuat untuk dijadikan hidangan pada majlis tertentu seperti kenduri, jamuan dan sebagainya. Pencuk boleh dimakan bersama nasi putih mahupun nasi beriani. Lauk ini tidak boleh disimpan lama dan tidak boleh dipanaskan. 


Untuk menjamin kualiti dan kesegaran ramuan, pencuk perlu dimasukkan kedalam peti ais sebelum dihidangkan. Ramuan pencuk berbeza-beza mengikut negeri namun untuk membezakan pencuk Melaka dan negeri lain adalah terletak pada perahan air asam jawa. Hanya penduduk Melaka sahaja yang memasukkan perahan air asam jawa pada pencuk untuk menambahkan rasa enak dan masam.