Kemenyan atau lebih dikenali sebagai frankincense, olibanum, salai guggal, atau boswellia serrata di sesetengah tempat berasal sariapada getah sejenis pokok yang banyak terdapat di Oman, Afrika, dan India. Pokok Kemenyan juga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya adalah Styrax benzoin Dryand.
Kemenyan adalah getah kering, yang dihasilkan dengan menoreh batang pohon kemenyan. Resin yang kering berupa kepingan-kepingan putih, yang terbenam dalam massa coklat bening kelabu atau kemerahan, bersifat keras namun rapuh, serta berbau harum. Kemenyan juga banyak dihasilkan di Sumatera dan Thailand.
Di Malaysia, penggunaan kemenyan India adalah yang paling popular kerana pengaruh orang-orang Hindu dan bekalannya yang senang didapati manakala penggunaan kemenyan Oman pula sangat terhad dan tidak popular.
Kemenyan mengandungi lubanol bensoat, sumaresinol, vanilin, stirol, benzaldehida, bensilsinamat, dan fenil-propilsinamat. Kemenyan mampu mengubati demam, diaphoresis, kejang, disentri, urethrorrhea, orchiopathy, bronkitis, asma, batuk, stomatitis, penyakit sifilis, radang tekak yang kronik, penyakit kuning dan arthritis.
Sejak berabad lamanya, kemenyan menjadi lambang dan simbol kekuasaan ritual alam Melayu. Dalam dunia kedukunan dan bomoh, masyarakat Melayu Melaka dan lain-lain tempat banyak menggunakan kemenyan dan setnaggi sebagai wangi-wangian selain menjadi mesium perantaraan alam ghaib dan alam nyata.
Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.
Bekas mengasap kemenyam antik tinggalan arwah datuk Riqq ini telah berusia hampir seratus tahun dan masih berkeadaan baik
Selain menjadi bahan utama untuk tujuan perbomohan, kemenyan juga digunakan di istana-istana Melaka sebagai wangian dan kebiasaannya dibakar dalam dupa-dupa emas tempawan yang dibuat khas oleh tukang-tukang istana. Terdapat pelbagai jenis dupa untuk mengasapkan kemenyan antaranya yang diperbuat daripada emas, perak mahupun tanah liat.
Pokok kemenyan banyak tumbuh di kawasan kering dan panas
Amalan mengasap kemenyan dan setanggi adalah berasal daripada amalan golongan Hindu di Alam Melayu ketika itu dimana majoriti masyarakat di Nusantara adalah beragama Hindu sebelum kedatangan Islam ke Melaka.
Menurut catatan sejarah, masyarakat Melayu Nusantara mempunyai hubung kait dengan budaya Vedic, Brahmin dan agama Ibrahim yang disebarkan ke Benua India sejak beribu-ribu tahun yang lampau.
Kemenyan Sumatera
Berikutan tersebarnya penggunaan kemenyan di Alam Melayu oleh para pedagang dari Benua Arab dan India, masyarakat Melayu mula mengenali dan mempelajari budaya mengasap kemenyan. Lama kelamaan, budaya ini diterima pakai sebagai salah satu budaya Melayau dimana setiap rumah
Kemenyan Oman
Kemenyan juga akan diasapkan atau dibakar untuk upacara-upacara tertentu seperti sewaktu pertabalan Raja Melaka, gering dan kenduri kendara. Bau asap kemenyan dikatakan mampu memberikan kelegaan untuk kesakitan yang ditanggung kerana terdapat sejenis bahan yang mampu menahan sakit akan dikeluarkan melalai asap kemenyan.
Kini, masyarakat Melayu Melaka tidak lagi mengamalakan budaya mengasap kemenyan kerana menganggap ianya tidak memberi sebarang faedah. Namun tinggalan dupa atau bekas kemenyan antik menjadi tanda betapa pentingnya budaya mengasap kemenyan suatu ketika dahulu yang menjadi lambang kekeuatan spiritual mereka.
Kemenyan Putih
Kedatangan Islam ke Melaka turut mengubah cara hidup dan budaya masyarakat Melayu Melaka namun budaya ini sebenarnya bergantung kepada niat si pembuatnya. Para pedagang Arab turut membawa budaya mengasap kemenyan namun tidak disertai apa-apa niat seperti mahu mendamping jin, syaitan mahupun makhluk-makhluk halus untuk tujuan yang menyalahi syarak namun hanya bertujuan untuk memeberikan aroma serta wangi-wangian di dalam istana mahupun rumah.