Sunday, March 13, 2011

Info: Jabatan Imigresen Negeri Melaka

583x448-images-imej_negeri-melaka-pin20melaka1

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. 

Fungsi Jabatan:

Mengeluarkan Pasport atau Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
Mengawalselia pergerakan keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966
Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan


Passport

Pasport Malaysia adalah suatu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Kelayakan

Warganegara Malaysia.

Tempat Memohon
Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.

Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Bayaran Pasport

RM100.00 untuk 2 Tahun
RM300.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Separuh Harga

RM150.00 untuk 5 tahun

Kelayakan Bayaran Separuh Harga

Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang akan dan dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di institusi penggajian tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.

Bayaran Dikecualikan / Percuma

Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan jabatan kebajiikan masyarakat dan mengemukakan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Bentuk Bayaran

Tunai
Wang pos atau bank draf yang dipalang
Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.



Pejabat Imigresen Negeri Melaka
Aras 1-3, Blok Pentadbiran
Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Seri Negeri
75450 Ayer Keroh,
Melaka

Talian Bantuan Jabatan Imigresen Melaka

Pejabat Am & Pertanyaan
06-232 2662

Fax
06-232 2654

Pengarah Ismail Ahmad Pejabat
06-232 2655

Pelabuhan Melaka
06-292 3324

Fax
06-283 4855





Cawangan

1. Terminal Feri Melaka



Aktiviti

Menguruskan keluar masuk penumpang dari Melaka - Indonesia - Melaka

Kategori Pelawat

Pelawat biasa /  Pelawat kesihatan / Pekerja asing

Destinasi

Melaka - Bengkalis / Melaka - Pekan Baru / Melaka - Dumai

Waktu Operasi

7.00 pagi - 10.00 malam

2. Pelabuhan Tanjung Bruas

Tel :06-351 1791





Aktiviti

Membuat pemeriksaan keluar masuk kapal kargo/'cruise', anak kapal dan penumpang serta melaksanakan Sign-On/Sign-Off.

Kategori Pelawat

Pelancong

Destinasi

Seluruh dunia

Waktu Operasi

24 jam

3. Pelabuhan Sungai Rambai


Aktiviti

Pemeriksaan keluar masuk sampan, bot, tongkang dan crew yang menjalankan perdagangan aktiviti Barter Trade
Destinasi

Melaka - Indonesia

Waktu Operasi

6.00 pagi - 6.00 petang

Tel: 06-265 0254

4. Pelabuhan Kuala Sg. Linggi



Aktiviti

Pemeriksaan keluar masuk sampan, bot, tongkang dan crew yang menjalankan perdagangan aktiviti Barter Trade

Destinasi

Melaka - Indonesia

Waktu Operasi

6.00 pagi - 6.00 petang

Tel: 06-387 9921

5. Lapangan Terbang Melaka


Aktiviti

Menguruskan keluar masuk penumpang dari Melaka - Indonesia - Melaka

Kategori Pelawat

Pelawat biasa/ Pelawat kesihatan / Pekerja asing

Destinasi

Melaka - Pekan Baru

Waktu Operasi

7.00 pagi - 10.00 malam

Tel: 06-317 6537

6. Depot Tahanan Machap Umboo

depot machap umboo melaka

Pusat Tahanan sementara untuk warganegara asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen serta yang telah selesai menjalani hukaman di Penjara Malaysia sebelum dihantar balik ke negara asal mereka.

Tel:  06-556 5763

Sumber: Portal Jabatan Imigresen Malaysia