Mulai bulan Februari 2011 yang lalu, proses pembayaran saman, cukai dan bil-bil berkaitan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, MBMB termasuk bil air dan elektrik boleh dibayar melalui sistem pandu-lalu (drive-thru).
Ini merupakan langkah yang sangat bijak dan lebih efisyen kerana para pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang dan membuang masa.
Untuk membuat pembayaran, pelanggan hanya perlu ke Graha Makmur dan membawa bil-bil atau resit. Sistem pembayaran bil secara drive-thru oleh pihak berkuasa tempatan seperti MBMB ini merupakan yang pertama di Malaysia dan dalam tempoh terdekat, bayaran melalui cek dan kad kredit juga boleh dibuat.
Syabas MBMB.