Tuesday, October 19, 2010

History: Alor Gajah

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan kesultanan Melayu Melaka, maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah. 


Alor Gajah mempunyai keluasan 660 km persegi (66,500 hektar) mengandungi tiga buah bandar utama iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah dan Pulau Sebang. Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah untuk mengutip hasil.


Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.


Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British dalam Perang Naning tahun 1932, adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar, kini Alor Gajah menjadi sebuah daerah yang sedang pesat membangun.


Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga buah bandar dan 16 buah pekan kecil. Keluasan Daerah Alor Gajah adalah seluas 67,440 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.


Kini Daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang. Pekan Alor Gajah terletak 24km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuh raya Utara-Selatan.