Tuesday, October 19, 2010

History: Kampung Pulau Sebang

Bagi sesiapa yang mendengar nama Kampung Pulau Sebang, sudah tentu akan membayangkan sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi lautan. Namun, jangkaan itu jauh sama sekali kerana Kampung Pulau Sebang tidaklah melambangkan apa yang ada pada namanya.


Kampung yang terletak di bahagian utara 
Melaka ini mempunyai sejarah yang unik tentang namanya. Kira-kira 100 tahun yang lampau, Kampung Pulau Sebang berada di bawah pentadbiran Daerah Naning. Menurut sumber masyarakat tempatan, nama Kampung Pulau Sebang diperoleh berdasarkan kepada sebatang pokok yang bernama Pokok Sebang di atas sebuah dataran. 


Dataran tersebut dipisahkan oleh sebatang sungai di tengah-tengah jelapang padi yang luas dan dipanggil ‘Pulau’. Oleh sebab itu, penduduk kampung telah mengambil keputusan untuk menamakan kampung ini sebagai Pulau Sebang.