Tuesday, October 19, 2010

History: Klebang

Klebang merupakan sebuah pantai peranginan yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.


 Klebang merupakan sebahagian Melaka Tengah yang berkedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar. 


Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah- Melaka- Jasin) .


Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri Ali Rustam telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri). 


Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedagang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut melaungkan azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini "keling bang(azan)". 


Maka apabila telah terlalu lama penduduk memanggil "Keling Bang", nama Klebang pun akhirnya tercipta.