Ada pendapat menyatakan, kubu yang dibina Kota A Famosa itulah sebenarnya merupakan binaan tembok Kota Melaka. Namun diambil alih dan diubah menjadi kota pertahanan Portugis semasa Melaka jatuh dan ditakluk.Terdapat bukti-bukti kukuh bagi meyakinkan perkara ini:
1. Bagaimana Portugis dapat mengumpul batu batan dan bahan binaan untuk menyiapkan kota tersebut jika bukan menggunakan runtuhan tembok Kota, Istana, Makam-makam Diraja, Masjid serta binaan-binaan lain.
2. Berkemungkinan Istana Melaka pada ketika itu juga dibina menggunakan batu batan yang kukuh. Mustahil bagi Kerajaan Melayu yang kuat ketika itu masih menggunakan kayu untuk binaan istana sepenuhnya kerana terdapat catatan dalam Sejarah Melayu mengatakan, binaan Masjid adalah dari batu batan.
Perang Tiga Segi
3. Melaka ketika itu menjadi pusat pengumpulan segala bahan dan material dari seluruh pelusuk Asia dan dunia. Mustahil Melaka tidak mempunyai kota batu yang kukuh untuk menangkis serangan pihak luar.
4. Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan, malah menjadi pusat persinggahan pedagang-pedagang yang melalui Selat Melaka untuk ke Timur mahupun Barat. Banyak kemudahan disediakan untuk pedagang-pedagang menyimpan barang-barang dagangan Mereka seperti gudang-gudang, pelabuhan, serta tempat penginapan yang dikawal oleh Syahbandar, juga berkemungkinan dibina menggunakan batu-batan.
5. Terdapat syair mahupun gurindam warisan Kesulatanan Melaka yang menyebut betapa kukuh dan kuatnya Kota Melaka. Ini juga boleh membuktikan bahawa Kota Melaka sebenarnya adalah kubu yang dibina menggunakan batu dan kawalan keselamatannya juga kuat. Antara syair yang menyebut tentang Kota Melaka adalah:
Kalau roboh Kota Melaka,Papan di Jawa hamba dirikan,Kalau sungguh bagai di kata,Badan dan nyawa hamba serahkan.
Dalam konteks sejarah, Melaka ketika kegemilangannya sudah lama mencapai tahap 'negara kota' dimana kerajaan Melaka sudahpun mempunyai kota yang kukuh serta aktiviti ekonomi dijalankan di dalam kota tersebut.
6. Bukit St. Paul berkemungkinan adalah merupakan tapak Istana Kerajaan Melaka kerana mengikut konsep kosmos, Istana Kerajaan Melayu khususnya Melaka amat mentikberatkan kedudukan istana.Maka, puncak tertinggi dalam lingkungan Kota Melaka adalah puncak St. Paul. Gereja St. Paul yang diperbuat daripada batu adalah hasil kemusnahan Istana Melaka yang sungguh mewah. Mengikut catatan Sejarah Melayu, Kerajaan Melaka telah mengaplikasi teknologi pembinaan. Mustahil bagi sebuah Kerajaan termasyhur ketika itu tidak mempunyai Istana yang mewah serta dibina kukuh. Semasa penjajahan Portugis, segala perbendaharaan negara, barang-barang perhiasan, emas perak dan intan berlian yang menatah Istana Melaka telah dicuri dan dikumpil. Mereka kemudiannya telah meroboh dan membakar segala binaan yang terdapat di dalam Kota Melaka. Kitab-kitab, pusat pengajian serta rakyat turut dihapuskan.
7. Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana?
8. Bagaimanalah Portugis membina A Famosa? Siapa yang mengangkut batu-batu besar tersebut? Mustahil Portugis melakukannya sendirian dalam suasana Perang Tiga Segi dengan Johor dan Acheh yang cuba merampas semula Melaka sejurus selepas Melaka ditawan. Berapa lama ia disiapkan? Sebelum ia disiapkan, di mana Portugis berkubu? Mustahil Portugis berkhemah di tengah-tengah Melaka melainkan memang telah ada sebuah kubu yang dapat melindungi mereka. Tapi, mengapa perihal Kota Melaka ini tidak disentuh secara langsung dalam karya-karya yang sampai kepada kita hari ini? Mengapa hanya A Famosa yang dikenang-kenang?
9. A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?
Adakah anda mempunyai pendapat yang sama?
Ini adalah pendapat lolo86, admin blogger cerita satu malam...memang menarik!
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,
Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka?
Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?
Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka?SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU.Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri.
Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.
YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIANDAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?
Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting.DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.
Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.
Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).
Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
RENUNGKAN LAH...
Kita akan tahu jika kita menggali tapak Kota Melaka itu. Sebilangan penduduk tahu bahawa terdapat batu 'piling' misteri di bawah Dataran Pahlawan,tetapi dinafikan oleh para ahli Sejarah negara yang pemalas pak turut Winsted dan Raffles.
Jika raja-raja Pattani boleh mengupah tukang meriam dari Cina membuat meriam-meriam,adakah Sultan Melaka yang mempunyai pelabuhan entreport tersibuk dunia tidak bertukar-tukar teknologi dari serata dunia??Adakah Sultan yang mempunyai platform perdagangan antarabangsa tinggal di dalam istana papan beratap pucuk-pucuk nipah dan rumbia?
Adakah para pegawai pelabuhan dan perdagangan antarabangsa Melaka ketika itu tidak pernah melihat tembok kota batu?Apa yang dipelajari oleh delegasi-delegasi yang dihantar Sultan ke seluruh dunia sehingga ada yang sampai ke Rom?
Atau adakah Sultan yang mempunyai pelabuhan terkaya tidak mampu mengupah tukang-tukang batu dari Jawa yang membuat candi-candi besar dan istana kota atau arkitek dari India atau pakar tembok dari China untuk membuat kota Melaka??