Tuesday, October 19, 2010

History: Merlimau

Menurut cerita sejarawan dan orang-orang tua dahulu, Merlimau mendapat namanya daripada amalan pahlawan-pahlawan Melayu Melaka ketika itu. Merlimau pada asalnya adalah merupakan tempat pahlawan dan hulubalang-hulubalang negeri menuntut ilmu persilatan dan merlimau keris mereka.


Pada ketika itu, di sanalah tempat mereka berkumpul beramai-ramai untuk merlimau dan mengasah keris masing-masing. Maka, apabila ada yang bertanya mereka hendak kemana, mereka akan menjawab hendak merlimau keris. Akhirnaya, tempat tersebut dinamakan sebagai Merlimau.