Tuesday, October 19, 2010

Melaka Cuisine: Asam Pedas

Asam pedas asli Melaka hanya dimasak menggunakan ikan laut sahaja seperti ikan parang, tenggiri, serkut, mayong, cencaru, pari, kembung, bawal dan sebaginya. 


Oleh kerana sesetengah ikan laut akan menyebabkan kuah asam pedas berasa hanyir, masyarakat Melaka menggunakan bahan-bahan seperti daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan bagi menghilangkan rasa hanyir tersebut. Selain itu, asam jus asam jawa dan asam keping bertindak sebagai pengimbang rasa masakan tersebut.