Tuesday, October 19, 2010

History: Tanjung Kling

Tempat ini mendapat nama kerana kemahsyuranya sebagai pusat perdagangan terkenal satu masa dahulu. selain itu, ia juga merupakan tempat ishtirehat raja-raja pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Bentuk muka buminya yang bertanjung disepanjang persisir pantai menyebabkan ia p
opular sebagai kawasan perhentian kapal-kapal perdagangan dari pelbagai negara. 


Nama Tanjung Kling bermula semasa zaman panjajahan Portugis. Semasa Pemerintah Portugis tiba di satu kawasan bertanjong mereka melihat terlalu ramai pekerja dari India sedang memunggah barang perdagangan dari kapal.Melihat suasana yang begitu, pemerintah Portugis bertanya kepada pembesar negeri nama tempat itu. Pembesar tersebut hanya menjawab 'Tanjung'. Lalu Pemerintah Portugis bertanya lagi, "Tanjung apa?". Pembesar tersebut mengeling. 


Pmerentah itu bertanya lagi, "orang apa itu. berbeza dengan orang Melayu?" "Orang Keling tuan. Mereka dari India." Pembesar tersebut menjawab.Melihat keunikan kawasan tersebut pemerintah Portugis mengelar kawasan itu sebagai Tanjung Kling. Bermula pada hari itu kawasan tersebut dikenali sebagai "Tanjung Kling" kerana terlalu ramai orang keling berada disitu. 


Dan nama itu kekal sehingga sekarang. Terdapat dua buah pelabuuhan yang menjadi persinggahan kapal-kapal dagang memunggah barangan yang di bawa pada masa ini. Ini membuktikan bahawa Tanjung Kling sememangnya kawasan yang sesuai untuk mendirikan pelabuhan.Sehingga kini kawasan yang menjadi asas wujudnya nama Tanjung Kling masih lagi sama. Kawasan bukit yang dulu pernah menjadi kawasan raja-raja berehat. Bukit ini dikenali sebagai Bukit Banglo. Seluruh kawasan ini berbukit yang hampir dengan laut. 


Laut dapat dilihat nyata dari bukit ini. Bukit Banglo Tanjung Keling ialah 95.7 meter dari aras laut (above sea level). Jalan Raya 101.22 meter dan makam 105 meter dari aras laut.Pandangan Selat Melaka yang sayup mata memandang. Pelantar minyak petronas yang cantik tidak jauh dari pantai. 


Kelihatan juga Masjid Tanjung Kling yang gah berdiri. Rekabentuk keseniannya yang unik merupakan masjid tertua di Tanjung Kling. Senibinanya mirip senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.