Tuesday, October 19, 2010

Info: Kampung Morten

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka , adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.


Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.


Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.