Sunday, October 17, 2010

Info: Buah Melaka

Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. 


Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa manis. 


Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.

Kini, buah Melaka telah dikomersialkan oleh Kerajaan Negeri Melaka setelah beberapa penyelidikan dibuat. Buah Melaka yang diproses menjadi jus kini merupakan minuman rasmi bagi Kerajaan Negeri Melaka dalam sebarang acara.

Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.

Dalam agama Hindu, pokok Melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.


Buah Melaka

Fail:YosriJerukBuahMelaka1.jpg
Jeruk buah Melaka

Jus buah Melaka, Minuman rasmi Kerajaan Negeri Melaka